kat atas blog aku ...ada undian negara mana
akan menjulang piala dunia untuk edisi 2010 ini.
tapi yang malangnya finalis yg pertama masuk iaitu
belanda tidak ada dlm senarai undian aku(salah penilaian )....
spain pula telah diundi hanya sekali sahaja.
banyak kejadian2 atau ramalan yg tidak mengena
telah berlaku dalam world cup kali ini. namun begitu
kemeriahannya tetap terasa. sekarang ni...
macam2 la.. HD la dan terbaru HD on 3D , pening
kepala melihat revolusi tv sekarang ni...
duit banyak leh je ambil semua tu...
tapi penonton mmg terasa puas hati dengan
kualiti siaran langsung bolasepak sekarang ini.
walaupun jauh.. terasa kita ada sama2 dalam stadium.
risau lak nanti... org tak pegi stadium..
tgk tv je... mana la tahu, heheheh
balik kepada ramalan aku utk world cup kali ini..
tak campur dengan sotong (paul) ya. aku kali ini,
berat memilih belanda untuk muncul juara
dalam edisi kali ini. hujah aku... spain mmg
kuat dibahagian tengah dan jentera serangan.
namun permainan belanda pula lebih tertumpu dibahagian
sayap yg direncanakan oleh super robben (kanan).
bahagian kiri pula direncanakan oleh dirk kyut.
buktinya, bermain dgn german, walaupun german kita lihat
agak berkesan dibahagian tengah.. namun keputusan
menunjukkan bahwa pemain tgh spain ternyata lebih hebat...
belanda mungkin telah tahu tentang hal sebegini...
so bermain sayap adalah kunci utk menerobos
bentang pertahanan spain.......
jika cuba masuk dibahagian tgh spain..
kirim salam saje la kalau nk menang.
ramalan aku BELANDA 1 ESPANA 0
p/s: dlm poll blog aku ni brazil yg menerima byk undian, malangnya
salah.. heheheheh
7 comments:
Aku rasa yang paling glemer utk world cup 2010 ialah paul..harap2 paul boleh survive,hidup lagi.. tak jadi sambal selama 4 tahun lagi.
soooooooooo unpredictable.
Spain vs Belanda diharapkan kedua2 pasukan dapat menunjukkan kualiti masing2 dgn meragakan permainan yang bermutu tinggi. Selalunya final WC hambar. Sebab itu final yang paling klasik dlm sejarah WC ialah tahun 1970,Brazil kalahkan Italy 4-1.
Siapa yang menguasai midfield akan menang, nampaknya Spain ada advantage kerana 6 player utamanya bermain utk Barcelona FC.
Kecewa gergasi Latin Brazil/Argentina gagal. Kegagalan mereka disebabkan jurulatih yang kurang kreatif dalam pemilihan pemain dan tactical yang tak kena masa game.
Sejarah baru WC telah tercipta dimana pasukan Europe pertama kali juara diluar benua Eropah dan pasukan Europe telah menang 10 WC berbanding dgn pasukan Latin 9 kali.
besi,
gua nak Holland tu tapi banyak jek desas desus Spain akan menjuarai WC kali ini..
akan diketahui 12 nanti...
tetiba berdebar lak..
hehe..
*sotong pun jadi isu..
haha
cikgu ily... paul? heheheh
misz benida.. predict je
anon.. main cantik..mmg diharapkan.
tapi gol mesti ada..
LOL.. yakin je..ngan holland
spain!
ya vivi comel.. spain dah menang.
Post a Comment