February 27, 2009
February 26, 2009
pemuda umno dot dot dot ?..... kata mr singh
hmmm kecoh semalam kat parlimen
bila MP bukit gelugor menuduh pemuda
umno menggugut beliau dengan menghantar
2 butir peluru kerumahnya....
kemarahan MP bukit gelugor seterusnya
telah mengeluarkan kenyataan
konteversi iaitu pemuda umno dot dot dot..
aku malas nak sebut, nanti kena maki lak....hehehehe
pagi ini, di lobi parlimen MP rembau, MP kota belud dan
MP muar telah mencabar MP bukit gelugor untuk
membuat tuduhan di luar parlimen.... dan memberi tempoh
24 jam untuk memberikan bukti terhadap kenyataannya
semalam........
itulah politik, cabar mencabar, tuduh menuduh,
kata mengata dan ugut mengugut....
lepas ini, sapa2 yang rasa tak leh kena taruk atau kutuk
jgn masuk politik......
entahla seronok pulak aku tgk
drama dan lawak2 politik nie...
terasa terhibur sekejap...
hilang tension kejap.....
hehehehehheheheh
p/s: sape2 terasa..sorry la...
February 25, 2009
73% ke 27% ?
impak tak maksima ker?
73% wanita malaysia tidak puas diranjang?
mengikut kajian yg dibuat oleh pfizer malaysia
dari bulan mei hingga julai tahun 2008.. (sumber: kosmo hari ni)
apakah maknanya semua ini?
73% hmmm besar angka tu....
betul ker?
February 24, 2009
politik sikit..hehehe
ekonomi gawat sikit sekarang nie
pekerja pun ramai dah kena buang...
hmmm itu semua orang dah tahu...
politik, hehehehh mmg gawat jugak....
aku, tak tau la suka la tgk2 berita
baca2 paper pasal kenegaraan nie...
maksudnya politik la....
7 hb 4 2009 akan ada 2 pilihanraya kecil
kat bukit gantang ngan bukit selambau....
kat selangor bukit lanjan status masih belum diketahui lagi...
samar2 kata orang....
tadi aku tgk berita, akan ada satu lagi pilihanraya
kecil, tapi kali nie kat negeri sarawak....DUN batang ai..
dimaklumkan adunya telah meninggal pagi tadi....
maknanya ada pilihanraya kecil.....
rasa aku la, nanti sapa2 nak jadi calon masa
pilihanraya umum kena tunjuk report kesihatan
kat parti masing2 la...sbb nanti asyik kena pilihanraya
je.... ya la ajal maut ditangan tuhan.... kita manusia
hanya merancang....tapi Allah yang menentukan...
selamat mengundi kali kedua untuk kawasan2 yang terbabit
tunaikan tanggungjawab anda dengan bijak....
February 23, 2009
malam
makan waktu malam
shopping waktu malam
bilanya nak tido....
semuanya aktiviti dilakukan
pada waktu malam?
kedai makan 24 jam kat kl nie
semakin hari semakin banyak...
takkan diorang berani bukak 24 jam
jika tiada pelanggan.....
maknanya org2 sini suka mkn di tengah2 malam
shopping malam? danau kota la...
down town kat cheras la....
up town kat kota damansara la....
kat chow kit la.....
7 eleven la...
semuanya wat bussines tengah2 malam
takkan diorang berani bukak stall tgh2 malam
jika tiada org datang untuk membelinya.....
memang pelik la....mlm untuk tido...
tapi sekarang nie dah macam sama je ngan siang...
banyak aktiviti dilakukan diwaktu malam....
kadang2 tertanya2 gak bilanya diorang nie nak tido......
tapi itulah realitinya....orang sekarang suka
bersengkang mata diwaktu malam.....
malam suasana mu sudah tidak sesepi dulu...
aku merinduimu.................
February 22, 2009
bangga
walaupun hanya menang 1-0 keatas aston vila
semalam, aku sebagai penyokong team chelsea
tetap berasa bangga.....
walaupun sudah 10 tahun tidak penah mendapat 3 mata
di villa park...semalam new manager telah berjaya
memecah badi tersebut di villa park....
diharapkan dengan kemasukan mr guus hiddink akan
memantapkan chelsea untuk champions league nanti
juventus awas...tunggu kebanggkitan chelsea pada mlm khamis nanti
February 20, 2009
dunia
baizura kahar...cun la dia
pengangguran sudah meningkat....
menurut kementerian sumber manusia
masuk bulan febuari ini..sudah hampir
85 ribu orang telah kehilangan kerja....
masalah nie..........bukan pasal org hilang kerja sahaja
tapi masalah jenayah telah meningkat....
kenapa jenayah meningkat? sebab org tak de kerja
untuk tampung kehidupan harian...
rompak, samun, ragut, dan pecah rumah semakin
berleluasa...... amat malang kehidupan org awam
akan sentiasa dlm kebimbangan.....
pihak polis perlu menumpukan perhatian kepada
kes2 jenayah dan kurangkan kes untuk menjaga
orang2 politik... orang2 politik pun sama jgn byk
menimbulkan masalah kepada polis....
keamanan dan keharmonian amat penting didalam
sesebuah negara....
harian hidup manusia semuanya dipengaruhi dunia
February 19, 2009
negeriku
ingatkan semua dah selesai....
rupa rupanya masih belum lagi....
kedua dua pihak masing2 tidak
mahu beralah....
kepada katak bertiga kamulah yang
menjadi punca dan onar.....
kepada org pahang(pekan)
kamu tak layak untuk menyelesaikan
masalah dinegeri ku.....
rakyat kecewa, banyak program2
kerajaan negeri akan terbantut....
hmmm entahlah....kata ekonomi gawat
janganlah buat politik pula gawat...
sedih lihat semua ini...........
rakyat ke yang salah?
kerajaan ke yang salah?
katak bertiga ke yang salah?
semua ADUN ke yg salah?
speaker ke yg salah?
pegawai kerajaan ke yg salah?
semuanya masih kabur.............
February 18, 2009
exora
proton mpv telah diumumkan.... pihak proton telah memilih
namanya exora....
pihak proton telah membuat pertandingan mencari nama
untuk produk terbaru mereka ini...akhirnya mereka
memilih nama exora.....dan pemenangnya pun telah
diumumkan semalam.........
pada tahun lepas aku pun ada menghantar borang
penyertaan untuk pertandingan ini....
namun malang.....nama yang aku pilih tidak
mendapat perhatian pihak proton...........
proton kejora .......................... nama yg aku submit...tapi
kau tewas ditangan exora
February 17, 2009
koleksi peribadi
ramai orang suka simpan koleksi peribadi....
macam2 la orang suka simpan....
tapi sekarang nie mmg pelik
orang suka simpan koleksi peribadi
yang bukan2..........
bukan2?....gambar bogel sendiri la...
video sendiri la....., video jiran la...
macam2 la tetapi disebut sebagai koleksi
peribadi......
aku dulu, suka simpan stem itu koleksi peribadi aku...
tapi sekarang definasi koleksi peribadi sudah
berubah....benda2 macam stem, kasut atau topi itu bukan
koleksi peribadi lagi..... itu suka suka simpan sahaja...
koleksi peribadi sekarang nie ialah...benda bukan2 yang byk
disiarkan di internet atau laman web X.....
pelik pelik.....................................
February 16, 2009
valkyrie
sejarah mungkin berubah jika rancangan valkrie
nie berlaku di german pada tahun 1944 dahulu....
tapi melihat strategi dan cara konspirasi dilakukan
memang menarik untuk dikaji....
kesimpulannya cerita yang based kpd true story
boleh dikatakan cerita ini berjaya jugak la...
tapi sejarah mungkin berulang...
dunia akan menantikanya....
February 13, 2009
tahi lalat
lalat kata bukan dia menyebabkan tahi lalat
tahi lalat...eeee gabungan dari ayat tahi...(kotor) dan lalat... (kotor gak)
tapi kenapa orang kata tahi lalat jika ada kat tubuh terutamanya
di bahagian yang boleh dilihat seperti awek kat atas tu... boleh
menambah kecunan seseorang.....
tapi kenapa namanya sesuatu yang kotor tahi lalat...
apa kata kita sama2 menukar namanya kepada
suatu nama yang lebih menarik.....
nak tanya sikit betul ker ada tahi lalat dibahagian
muka( terutamanya gadis2 la) akan menambah
keayuan korang....
setuju ker? heheheheheh
February 12, 2009
February 11, 2009
ikan
aku dapat email...pasal wanita ngan ikan
so korang kategori apa?...dan pilihan korang apa?
hehehehehe
dan satu lagi setuju ke?
Jika Wanita diumpamakan Ikan, kategori ikan apakah yang jadi favorite anda?
IKAN SALMON Bentuknya OK, indah, dagingnya pink muda dan enak dimakan. Tapi sayangnya mahal, soalnya masih boleh diimport. Sesuai… ada nilai, ada kualiti….INI WANITA BERKERJAYA.....
IKAN ARWANA Kalau yang ini kalau di aquarium memperlihatkan kesombongan dan keangkuhan kerana tau tubuhnya indah, langkahnya lemah gemalai dan memancing mata.. nakal melihatnya di manapun dia bergaya..... So pasti harganya mahal kalau ingin memilikinya.... INI PERAGAWATI, CELEBRITY or keatas
IKAN MAS KOKI ini jenis ikan lumayan mahal, indah bentuknya, warnanya, dan lenggak- lenggoknya. Sayangnya hanya boleh dilihat, dikagumi, tak boleh dimakan, kerana termasuk kategori ikan hiasan..... INI BINI ORANG.......
pisang
pisang emas
pisang berangan
pisang emas ngan pisang berangan kalau makan
lepas makan nasi kandar kat kedai mamak
alangkah nikmatnya......
kenapa ya...... rasa lega bila makan pisang
selepas makan nasi kat kedai mamak...
adakah kari mamak itu pelengkapnya pisang...
entahla...tapi mmg best lepas makan kena pisang nie.......
pakar makanan kena kaji..apakah tindak balas kimia
yang dilepaskan oleh pisang bila bercampur dengan
kari nie.....
mata semakin layu...
tahan waktu keje tak abis lagi nie
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
February 10, 2009
seri lagi
chelsea.... seri lagi
keputusan hari minggu lepas
menyebabkan chelsea terperosok
ke tangga 4 liga....
keputusan ini telah menimbulkan
spekulasi bahawa pengurus chelsea
mr scolari akan dipecat dari jawatanya..
hmm, waktu liga sudah masuk
ke pusingan ke 2....
maknanya...liga sudah separuh jalan
kalau pecat sekarang...sempatkah
penggantinya untuk membentuk pasukan
masalah nie.............
chelsea oh chelsea....
kenapa ko seri.......
ong bak 2
hmmm citer nie aku dah tengok tapi....
kecewa sikit .... entahla mungkin pengarah
dia terlalu tumpukan kepada seni dan budaya
siam sehingga menggurangkan kepada jalan
atau plot cerita....
walaupun aksi pertarungan hebat..
tapi apa guna pertarungan yg hebat
jika penceritaannya entah apa apa...
plot ceritanya tergantung gantung...
sekejap sini sekejap sana....
sekejap latarnya watak dewasa
sekejap latarnya watak kanak2
entahlah yang mana diutamakan
keseluruhan cerita nie bagi aku biasa2 je
kelemahan pada skrip dan lakon layar
aksi pertarungan sahaja yang boleh dikatakan
hebat dan menarik....
kata orang nak tgk org berlawan baik tak yah
wat filem baik tengok dokumentari...
cerita kena ada.......kan
lain org lain pendapat
tapi ini pendapat aku......
c+ sahaja...ratenya...
February 7, 2009
cheat game..
February 6, 2009
roti canai
selain dari nasi lemak...makanan
kegemaran rakyat malaysia diwaktu pagi
petang dan malam ialah roti canai....
roti canai memang sedap.....
harga roti canai sekarang lingkungan
rm 0.70 - rm 1.00 sekeping....
bergantung kepada tuan punya kedai...'
aku, kalau tak de nasi lemak...
mesti kena rocai( singkatan roti canai)
tapi kena pilih dia punya kuah dahulu...
sebabnya..kebanyakan rocai rasanya semua sama'
yang membezakannya adalah kuahnya...
rocai kedai mamak memang sedap....
tapi kuah dia kadang2 ok kadang2 tak...
itu masalahnya....
rocai kedai melayu...terkenal dengan kuah yang'
sedap...baik dal atau kari... masakan melayu
berbeza ngan mamak.... aku lagi suka
rocai kedai melayu....tapi payah jugak nak jumpa....kat kl nie
kalau kat ampang food court bunga tanjung tue....
ada sebuah kedai makcik(melayu) yang jual rocai nie..
walaupun rocai dia tak segebu kedai mamak
tapi kari dia fuhhhhhhhhhhhhhh sedap betul
aku penah hirup kari dia macam hirup sup
sedap betul....
tapi rocai tak leh makan selalu sbb
kolestrol tinggi dan menggemukkan..
tapi kalau dah suka..hentam sajalah...
February 5, 2009
kerajaan Perak......
pejabat sultan negeri Perak telah memaklumkan
keputusan Sultan Perak
bahawa Dun Perak tidak akan dibubarkan...
aplikasinya... kerajaan PR telah jatuh secara rasmi
dan Bn akan mengambil alih kerajaan Perak...
kemelut politik di negeri Perak, boleh dikatakan
telah tamat....
satu je yang aku minta...parti parti politik
janganlah menyalahkan paduka Sultan Perak...
ini kerana, Sultan Perak jugak terikat dengan
perlembagaan dan Undang undang Tubuh negeri Perak...
Kepada PR...pihak kamulah yang tidak menjaga
ahli ahli kamu dengan betul sehingga sanggup melompat...
kepada BN ... pihak kamulah yang mencuri undi2 rakyat
perak yang telah memberi kepercayaan kepada PR untuk
memerintah negeri Perak...
dalam situasi ini, kedua dua pihak hendaklah berhenti
sejenak dalam berpolitik.....utamakan rakyat negeri Perak...
kepada Tuanku...kami rakyat biasa dibawah pemerintahan
Tuanku menerima apa sahaja keputusan Tuanku.... Daulat Tuanku
berhenti sejenak...kepada semua...
tunggulah pada PRU yang ke 13 nanti...
rakyatlah yang akan membuat keputusan semula...
officemate yg manja
ini jue...
suka bergambar
hari ini aku tak tau nak tulis apa....
kisah budak opis aku....namanya jue...
manja orangnya...single lagi...
kuat mc..... hehehehhe(sakit org pompuan katanya)
gila phone...handset ada 4...
tak tau number dia yang mana satu
pening kepala?
aku kadang2 pelik kenapa org pompuan
suka snap pic...aku la selalunya kena jadi cameramannya
tak dpat upah pun......
rajin la jugak kalau keje...
cekap...tapi kadang2 leka gak...
tak leh kena marah...
kalau kena marah merajuk....
sbb tu org panggil dia manja...
itulah kisah officemate aku.....
p/s nak cite lebih2 takut dia marah
February 4, 2009
ribut di negeri ku
hmmm....
camne nak mula.... dengar khabarnya
kerajaan PR di negeri Perak akan tumbang...
dan barisan akan mengambil alih tampuk
pemerintahan di Perak....
kiranya kerajaan PR hanya memerintah
Perak setahun sahaja atau lebih tepat 11 bulan..
hingga saat ini...masih tidak ketahui keputusan
Sultan Azlan Shah...sama ada mahu membubarkan
DUN atau menerima kerajaan baru...
kemelut politik di Perak diharapkan akan
cepat cepat berakhir tidak kira la
pihak mana yang akan dapat memerintah..
cukuplah tue...pening kepala tengok permainan
lompat melompat ini......
kami rakyat kat bawah nie hanya melihat
sandiwara politik ini dengan rasa sedih dan
kecewa..banyak lagi keje yang hendak dibuat
asyik main politik sahaja....
aku sekarang nie melihat hanya ada satu parti
yang begitu komited dengan rakyat yang mengundinya
korang pikir la sendiri....parti mana yang tak main lompat2 nie
fikir sendiri la......
kl tower..
February 3, 2009
buat je
aku kena tag ngan miss izah....
ok la...buat je la sekali...
5 FAKTA TENTANG DIRI:
1. patriotik
2. suka bersendiri
3. serius..pada tempatnya
4. konsevertif
5. percaya pada semua orang
tapi sekali tipu..sorry naik lori la
5 PERKARA PALING MENAKUTKAN DALAM DUNIA
1. malaysia kena serang
2. dunia dah macam bukan dunia
3. rumah terbakar kita tengah tido
4. lemas kat laut
5. xcident kereta atau moto
5 LAGU BUAT MASA SEKARANG
1. seroja...semua versi
2. cinta 3 segi versi salem
3. dewi ..dewa 19
4. suatu masa..M.nasir
5. bring me to life ..evernasence
5 PERKARA YANG SELALU DISEBUT
1. ya ya ya ya
2. maksudnya
3. sorry
4. cham(champion)
5. manja...
5 PERKARA YANG AMAT BERNILAI
1. keluarga
2. diri sendiri
3. harta yang ada..tak byk pun
4. kawan kawan
5. ilmu yang ada
5 PERKARA PERTAMA KALI DALAM HIDUP
1. tgk wayang masa form 1..citer jackie chan
sampai sekarang jadi hantu wayang
2. dapat surat dari awek, masa form 3...segan siot
sampai sekarang takut dapat surat geli...
3. naik gunung ..kat pahang gunung tahan
bestnya...
4. tahu drive...last year..lambat sikit sbb
suka moto lagi....
5. ambil scroll masa konvo..berdebar macam apa je...
tak de apa yang menarik...
semuanya macam biasa je.....
February 1, 2009
katak lagi la..
selepas seminggu ada orag melompat....
khabarnya esok ada pengumuman org lompat lagi..
kali ini dari pakatan ke barisan...
aku sekarang nie ada kat kampung...
tgh cuti..macam2 citer dengar...
entah la..tak tau la lompatan ini
akan menyebabkan kerajaan pakatan
akan bertukar kepada barisan...
semuanya masih kabur...
tiada pengumuman rasmi dari kedua dua pihak..
semoga semua ...yang suka main lompat2 nie
jgn lupa rakyat yang dipertanggungjawabkan
terhadap mereka..........
selamat main lompat lompat....
Subscribe to:
Posts (Atom)