June 9, 2009
kerajaan perpaduan
akhir2 ini kecoh pasal kerajaan perpaduan
yang sering di war warkan oleh pemimpin
parti politik negara kita.....
banyak version perpaduan yang sukar untuk
difahami oleh rakyat kebanyakkan..........
boleh jadi tiada pembangkang dalam negara?
boleh jadi tiada tiada dominasi dari mana2 parti?
boleh jadi satu bentuk kerjasama tanpa melibatkan
pentadbiran....?
boleh jadi tiada halangan atau ganggu gugat ttg kerajaan
dlm pentadbiran di kedua dua pihak(BN dan Pakatan)...
dan boleh jadi pelbagai la.....................
aku secara jujurnya masih kurang mengerti apakah
maksud kerajaan perpaduan yg boleh wujud dlm
negara kita ini.
bukankah kerajaan BN sekarang ini gabungan dari pelbagai
parti sudah menunjukkan perpaduan?
bukankah kerajaan Pakatan di negeri selangor sebagai contoh
adalah hasil dari perpaduan dari 3 parti, bukan perpaduan ke?
mungkin aku masih mentah dalam mentafsir rentak org2 politik
ini yang mana.........ruang dan bentuk perpaduan bagaimana
yang hendak direncanakan..................
sebelum timbul masalah perpaduan ini, kita sering dimomokan
bahawa perpecahan telah berlaku dalam masyarakat akibat PRU 12
yang lalu......... betul ke? entahlah aku melihat dari sudut yang berbeza...
Bagi aku, kita sebagai rakyat biasa berhak mendapat kualiti pentadbiran
yang terbaik hasil dari kerajaan yang kita telah pilih.....so pihak yang merebut
kuasa iaitu BN dan Pakatan mesti menyediakan satu hala tuju atau perancangan
yg paling baik untuk menyakinkan rakyat jelata.....supaya negara ini dapat ditadbir
urus dengan baik.............
ini satu tanggapan la (sebenarnya tanggapan aku)...kalau BN menang besar seperti tahun
2004 dahulu adakah slogan rakyat didahulukan prestasi di utamakan akan dijelmakan oleh
pemimpin negara kita hari ini? rasanya macam tak de je.... mesti bincang pasal projek sana
kontrak sini, dan pelbagai bentuk yang menyedihkan rakyat bawahan.
sbb BN sudah tidak majoriti 2/3 dalam parlimen maka BN berusaha menjelmakan satu
program atau corak pentadbiran yang benar2 kena atau sampai kepada rakyat bawahan...
siapa yang untung? rakyatlah yang untung..... macam mana rakyat dapat untung? sbb rakyat
mengurangkan UNDI kepada BN........ itulah hasilnya........ setuju ke?
begitu juga kepada kerajaan negeri pakatan,.....jika hari ini, mereka diberi peluang oleh rakyat
tapi gagal membentuk corak pentadbiran yang menguntungkan rakyat... aku percaya...PRU 13
nanti mereka pula akan diajar oleh rakyat......percaya la
momokkan perpecahan yg dicanangkan oleh sesetengah pihak boleh la dilihat sebagai sampah...(bagi aku la).
aku kawan dengan semua orang.....BN ke? Pakatan ke? bagi aku semuanya rakyat Malaysia...
semuanya hendak menjadi terbaik untuk membela rakyat....penilaian akan dibuat 5 tahun sekali...... so apa yang susah sangat.........masing2 telah diberi peluang gunalah peluang itu dengan baik.........kita faham...politik penuh dengan kelicikanya....anggap sahaja sebagai gangguan gangguan itu sebagai membina keyakinan kepada pihak masing2.........
rakyat yang bijak mesti ingat......Asas negara kita, maksud saya perlembagaan persekutuan
amat sukar untuk diganggu gugat , melainkan 2/3 majoriti diparlimen dan persetujuan majlis
Raja-Raja.............itu fakta yang sering dilupakan bila kita membincangkan sesuatu dasar......
kerajaan perpaduan....mmg boleh wujud tapi lepas ni jangan suruh rakyat keluar mengundi....
buang duit sahaja ....kata SPR....
oleh itu....mainkan peranan masing2 dalam kerangka demokrasi yang matang sudah mampu
mewujudkan perpaduan dikalangan rakyat........didiklah rakyat biasa dengan kuasa mereka
bukannya memperbodohkan mereka dengan momokkan perpecahan....selamat berpaduan semua.............
ini pendapat aku, pendapat aku mungkin salah.......itu je .........senyum semua
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
aku tak tau nak bagi komen apa tp yg aku dpt tau la ni PM Singapore buat lawatan peribadi nak jumpa semua pemimpin rakyat tak kira parti...
so apa motif dia?? suka suki dia ja masuk negara org nak jumpa org tu org ni...jgn lupa ya Singpore tu ada ura2 nak jajah Malaysia kita yg tercinta ni!!! so better watch out la...
aku takut kita terlalu nak hargai org luar sampai tak sedar negara kita diintai dlm diam utk dijajah...
sama2 kita doakan yg terbaik utk negara kita yg tercinta ni...
ok
sal.....hai lama tak masuk..sihat ke? pasal menteri mentor singapore tak tau nak komen apa? nak jajah malaysia? heheheh aku percaya pada ganeral2 kita sal........
hai besi
last week mc and bercuti
so the whole last week kat kg
ngan hubby...
entah la besi aku pun tak tau apa nak jadi dgn negara kita ni dan aku harap pun agar general2 kita tu betul2 menjaga negara kita demi bangsa dan negara bukan takat demi periuk nasi deme je ye...
jgn jd mcm wakil2 rakyat yg nama je wakil utk rakyat tp dok jaga periuk nasi sendiri dan puak2 deme je...tak kira la ko parti apa pun kalo da nama wakil rakyat berkhidmat utk rakyat la ye...
itu amanah tu nnti jawab la di SANA
satu pencernaan minda yang menarik. Tafsiran mengikut perspektif masing-masing.
Kita, rakyat Malaysia sama-sama berpadu tenaga agar tidak miss soru.
sal...tak pe ahli politik kena ada juga...tentera pun kena ada juga..rakyat awam pun kena ada juga...semua org jlnkan tanggungjawab masing2 kira ok la...
dr sam...mungkin ya dan mungkin tidak...inilah malaysia kita kena terima seadanya........
kepada sesiapa yg sangsi tentang kisah2 penaklukan atau serangan pihak jiran terhadap bumi bertuah ini, lupuskan perasaan itu kerana percayalah, tentera kita dari unit intelligence (kor risik diraja) hingga pasukan khas, mereka waspada setiap saat demi kedaulatan pertiwi keramat ini.
kerajaan perpaduan...
disatu pihak, gua percaya dengan rancangan ini, melayu lebih bersatu.
dan di satu pihak yg lain, ada yg sedang (sentiasa) bersedia utk menangguk di air yg keruh...
bro eddie...begitulah rencana dlm politik...mesti ada pihak yang terkena....jgn pula nanti isu perpaduan menjadi punca perpecahan...harap2 tidak la
Post a Comment