May 27, 2009

bercuti

musim cuti sekolah dah nak mula...
ibu2 dan bapa2 banyak yang merancang
untuk bercuti....................
aku walaupun bukan dlm kategori tersebut
tapi merancang untuk bercuti juga....
hari ini last keje....................
sambung balik pada 3/6/09.....
yahoo.................hehehee
ok la.....selamat bercuti semua....

May 25, 2009

emas

MASA ITU EMAS.....
masa sekolah rendah
cikgu awal2 dah bagi tau bahawa
masa itu emas................
serius...pada masa umur 8 dan 9 tahun
aku tak faham....apa maksudnya....
masa itu emas? jam emas ke?
semuanya masih kabur......
tapi bila masuk sekolah menengah
aku lama2 dah paham apa....maksudnya
masa itu emas.............tapi terbatas kepada
masa peperiksaan sahaja....nak dekat exam
yg besar seperti PMR dan SPM.....baru terasa
masa itu emas....................
tapi,,,sekarang mmg terasa masa itu mmg emas
sebab banyak masa aku...semasa awal 20an
telah dibuang begitu....maknanya konsep masa itu emas
aku gagal menghayatinya....................
sekarang ini, aku akan mencuba sedaya
upaya untuk tidak membuang masa..........
boleh ke?...............susah la..hari2 minggu ku
duduk depan c main games.....itu la keje aku
xtvt lain....tak de...........................
kesimpulanya jgn buang masa (nasihat utk aku ).....
masa itu emas.......................hargai lah ia...

May 22, 2009

boston legal

sekarang cerita ni dah ada balik kat
astro...star world 711......
aku suka tengok citer lawyer2 buruk nie...
sgt menghiburkan la.....
hari nie 9.00mlm......
dany crane..................heheheheh
aku suka tgk watak bodo2 dia,
apa2 pun tengok cite nie enjoy la.....
jom la kita tgk ...............

May 21, 2009

cuba

hampir 3 bulan masih belum selesai.........
puncanya 3 ekor katak....
tak pe la.....hari nie mahkamah rayuan
sedang bersidang.........apa2 keputusan pun
semua pihak kena terima..........
kena selesaikan cepat...kalau tak...sia2 je tahun lepas
aku balik mengundi.........
letih la macam nie.........negeri lain semua ada MB yg sah
negeri ku sahaja status MB di ragui..........
selesaikan segera............................
p/s: lepas nie ada mahkamah persekutuan lak?
penat2 la macam nie

May 20, 2009

influenza H1N1 a.k.a selsema babi

virus nie telah menyerang manusia...
akibatnya teruk sekali...leh membawa maut
puncanya....seperti biasa....virus dari babi....
virus nie telah berjaya menyusup masuk
ke negara kita pada 13 mei yg lalu....
setakat hari ini, hanya 2 org sahaja yg positif....
yg lain2 tue masih negative lagi...........
syukur la ianya tak merebak dengan teruk
di negara kita yg tercinta nie....
tapi....virus nie bila2 masa sahaja leh masuk dan keluar
ke negara kita....kerajaan telah mengetatkan semua
pintu2 masuk supaya dapat menghalang dari terus
membahayakan nyawa rakyat negara ini...
kita sebagai org awam kena peka tentang saranan2
yg di infokan oleh pihak berkuasa..........
kita juga kena ucapkan tahniah kepada akak2 nurse
yg bertugas di pintu2 masuk negara....
berhati hati lah semasa menjalankan tugas.....
marilah kita semua berdoa supaya malaysia terus
dipelihara dari terkena penyakit merbahaya ini...

May 18, 2009

bukit tinggi

hari minggu kena pegi bukit tinggi sebab ada program building high-performance team so dua hari kat sana..... aku sebelum nie tak penah pun pegi kiranya first time la tempat yg menarik dan sejuk la jugak... kalau nak pegi sana...tak leh lama2 sehari dua kira ok la sbb kat atas tue tak de apa2 sgt... tapi nice view la.......... tue yg menarik.... p/s: pic tak sempat nak upload nanti2 la

May 15, 2009

angels & demons

citer nie dari lima bintang
leh bagi 3 sahaja la........
best lagi kalau citer terdahulu da"vinci code
tak tau nak komen macam mana....
klu dan teka tekinya senang sgt
tak begitu mencabar.
kata org, seperti yg dijangka.....
tak tau la..nie pendapat aku korang pegi tengok sendiri la.... nanti leh bagi tau best ke tak.....

May 14, 2009

laut dan lautan

dah lama rasanya tak mandi laut....
teringgin la pulak...............
laut mana yang paling best kat malaysia nie?
kat belah mana? siapa tau....utara? selatan? timur? atau barat
malaysia yang lautnya best nie?
tengok sunset....kat tepi laut mmg best la............. apa ada dengan laut jika kita tidak menjaganya apa ada dengan laut jika kita mencemarnya.... sayangilah laut (serta sungai) kita.......

May 13, 2009

resdung

resdung ialah sejenis penyakit berkaitan dengan hidung....
tapi menurut doktor...tiada istilah resdung dalam
bidang perubatan moden.....
maknanya resdung nie hanya penyakit yang dinamakan
oleh orang melayu sahaja.............
penghidap penyakit resdung ini akan menghadapi
masalah selsema yang teruk.....
dan fungsi hidung sebagai alat pernafasan serta
menghidu bau bauan akan terjejas.....
amat sukar untuk mengubati penyakit ini.....
secara moden, ataupun tradisional......
aku bernasib baik kerana tahap resdung yg
ada kat aku nie kurang la teruknya.....mengikut musim
kata orang.............
apa2 pun kena sentiasa bersabar..................
p/s:fakta aku mungkin salah, tolong betulkan siapa yg tau

May 12, 2009

kena-mengena

mengantuk.............kena tido
lapar........................kena makan
dahaga.....................kena minum
letih..........................kena berehat
sakit.........................kena telan ubat
lenguh......................kena urut
ceria.........................kena senyum
marah......................kena serius
keliru.......................kena fokus
gatal.........................kena?
blur la idea hari ini.............. pening melihat isu dan masalah di negeri ku...

May 11, 2009

hari minggu

hari minggu yang hambar..........
akibat dari terkena panas....
hari minggu aku,hanya terlantar ditilam sahaja...
kepala pening sangat dan badan panas...
demam la................
hari isnin nie...kira macam 65% dah ok...
cuma kepala pusing2 sikit lagi.....
malas nak pegi klinik.....
malu rasanya demam sikit kena nak makan ubat
aku kalau boleh nak biar antibody aku sendiri
yang lawan demam nie...tapi sengsara la sikit...
kena ajar sikit badan nie...jgn nak manja makan ubat je
kata orang la....
apa2 pun minggu lepas kat negeri aku, diorang cakap
ada sejarah telah berlaku........namun tunggu je la hari nie
mahkamah tinggi kuala lumpur akan wat keputusan..........

May 8, 2009

panas

bumi semakin panas......... tengahari sekarang nie tak boleh nak lepak lama2......... cuaca panas di malaysia... sudah hampir menyamai dinegara africa... panasnya................ tapi tiba2 teringgat nie baru panas dunia.... panas kat sana...........macam mana la? minta ampun banyak2 la sebelum menutup mata

May 7, 2009

gagal

kegagalan adalah satu penanda aras
atau petunjuk untuk sesuatu perkara yang
telah dilakukan.....disini merujuk kepada
hasil yang tidak diharapkan....itulah kegagalan..
pada penafsiran aku sendiri.........
kegagalan boleh berlaku didalam pelbagai aspek atau bentuk...
kegagalan yang ditetapkan amat mudah untuk diukur dengan
nombor atau bilangan sesuatu perkara.....contohnya perlawanan
bola sepak, markah peperiksaan, bilangan ADUN atau MP
didalam dewan dan pelbagai lagi la.....
kegagalan jenis ini, senang difahami oleh khalayak
kegagalan yang tidak ditetapkan amat sukar untuk dinilai
untuk menunjuk seseorang itu telah gagal atau pun tidak...
contohnya kegagalan menjadi warganegara yg baik, kegagalan
menjadi insan yang baik(sukar utk dinilai siapa yg baik) , kegagalan
dalam bercinta(boleh ke?), kegagalan dalam mewujudkan suasana
harmoni sesama manusia dan kegagalan dalam memenuhi KPI.....
sebab kegagalan jenis begini amat kompleks
dan sukar untuk diukur dan dinilai..........
hatta, kegagalan itu boleh menjadi sumber kekuatan dalaman(motivasi)
jika seseorang itu mengambil positive segala kelemahan itu....
kegagalan mampu menukar menjadi kepada sumber kekuatan kendiri...
p/s:kegagalan itu amat pahit,namun ia boleh menjadi
penawar dimasa akan datang........

May 6, 2009

bersidang...........

Negeri perak..............
semua rakyat jelata negeri
perak menunggu dengan penuh debar
untuk satu peristiwa penting yang dijadualkan
akan berlangsung pada 7 mei esok...........
kepada semua pemimpin negeri... bersidanglah dengan matang....... buktikan kepada rakyat negeri Perak bahawa kamu semua adalah seorang pemimpin... kepada penyokong2 kedua dua pihak.....tak payah kamu semua membuat kecoh di negeri bertuah ini.......... yang mengusul....yang membantah...dan yang tergantung dan yang yang lain, semuanya esok hendaklah menjaga adab dan perilaku masing2............... selamat bersidang dan mencipta sejarah............ p/s: tak tau la sejarah yg elok ke atau sejarah yg buruk akan tercipta esok....

May 5, 2009

emergency leave

semalam....dapat berita sedih sebab tue cuti emergency... sebab nenek telah meninggal.... al fatihah.............