May 6, 2009

bersidang...........

Negeri perak..............
semua rakyat jelata negeri
perak menunggu dengan penuh debar
untuk satu peristiwa penting yang dijadualkan
akan berlangsung pada 7 mei esok...........
kepada semua pemimpin negeri... bersidanglah dengan matang....... buktikan kepada rakyat negeri Perak bahawa kamu semua adalah seorang pemimpin... kepada penyokong2 kedua dua pihak.....tak payah kamu semua membuat kecoh di negeri bertuah ini.......... yang mengusul....yang membantah...dan yang tergantung dan yang yang lain, semuanya esok hendaklah menjaga adab dan perilaku masing2............... selamat bersidang dan mencipta sejarah............ p/s: tak tau la sejarah yg elok ke atau sejarah yg buruk akan tercipta esok....

23 comments:

ain si kacak said...

yup!
ketepikan dulu masalah politik..
jaga kepentingan rakyat dulu..
rakyat sekarang sudah pandai menilai baik dan buruk

ain pun orang perak gak..tak suka kucar-kacir

Vee Violet said...

hopefully semuanya akan ok...
risau sebab negara kita makin cenderung ke arah darurat

besi said...

ain...perihatin jugak rupanya ain nie..bagus2...
mmg la kita semua nak aman dan harmoni negeri dan negara kita...

besi said...

vee...daurat...jgnla...wat malu je..sbb sekarang bukan zaman 70an..
rasanya esok semua selesai kot...
harap2 la

Vee Violet said...

seriously - kita tak nampak sgt kecelaruaan yg ada... but kite sama2 berdoa lah...
malaysia sebenarnya negara yg aman. Vee hope maintain la gitu

besi said...

vee..insyallah...malaysia akan tetap aman hendaknya.....

eddie dewanaga said...

bumi bertuah ini akan terus aman, insya-Allah, dengan berkat doa rakyat macam kita2 semua, Allah Maha Mengetahui...

pelbagai persediaan telah dilakukan untuk mengelak segala yg buruk berlaku, rakyat Malaysia semuanya bijak dan tahu buruk baiknya bila emosional mengatasi rasional...

jika ada salahlaku atau salahguna kuasa, satu hari pasti terbongkar jua.

besi said...

bro eddie...semangat perbezaan pendapat hendaklah disemai didalam kerangka demokrasi yang matang...
insyallah aman Malaysia

budak sg.perak said...

buat mr besi,
berpijaklah di bumi yg nyata...
yg betul kita sokong, yg batil kita tentang habis-habisan..kenapa perlu takut..dlm isu perlembagaan di perak, kita boleh menilai sendiri siapa yg haprak!!!
Jgn hipokrit, berani kerana benar..
Buat sultan perak, majoriti kami rakyat perak berharap agar dapat sekiranya tuanku bubarkan dewan..biar diaorg berdepan secara jantan..pilihanraya..itulah satu2 jalan keluar kpd suma permasalahan ini...DAULAT TUANKU.

kita perlukn satu revolusi!
apa komen mr.besi?

budak sg.perak

besi said...

budak sungai perak.....hakikatnya pakatan gagal menjaga ADUN2nya..ini adalah salah besar pihak pakatan.......(lain kali..jaga ADUN masing2)

BARISAN....salahnya mengheret sultan dalam kancah politik, dan menidakkan hak majoriti rakyat negeri perak....

esok bila dewan bersidang...terima je...la...apa2 keputusannya...inilah kebenaranya..

revolusi...? tolong berpijak dibumi yg nyata saudara....

budak sg.perak said...

mr.besi,
mewakili majoriti rakyat perak, kami memang tak mahu ber MBkan Pangkor Pele..Cuba tenung dalam2 dan bandingkan wajah dan air muka, antara Datuk Nizar dengan Mr.Pangkor Pele(Zambri)...siapa pilihan anda?wajah siapa bercahaya?

Revolusi adalah utk org orang2 yang berhati waja,teguh pendirian, berani menegakkn kbenenaran, bukan utk org yg hanya tahu angguk2kan kepala..
Mungkin xsesuai utk org2 seperti saudara Besi..

Salam revolusi..
Keadilan ditegakan, kebatilan dihapuskan..

Budak sg.perak

besi said...

budak sg perak....kalau berhati teguh dan waja..tunggu PRU 13....
sokonglah sepenuh penuhnya parti anda....dengan wajanya...supaya menang...ok...

revolusi....ko simpan dalam tong sampah dulu...
betul ke hang nie org perak? entah2 budak negeri lain nak buat gempar kat negeri aku....


p/s: satu soalan utk hang...sungai perak mengalir dari mana sampai kemana(nama tempat) kalau hang tak tau..
confirm budak negeri lain nie..jgn nak poyo2 boleh

afsal_8281 said...

aku cuma nak ckp
jangan sampai negara kita tergadai
bangsa lain cuma memperalatkan org MELAYU utk kepentingan mereka sendiri...

aku harap aku tak merempat di negara sendiri ok!

sama2 kita berdoa yg baik2 saja utk kedaulatan bangsa, raja dan negara...

tak sokong sapa2 said...

Dua peristiwa besar akan berlaku di dua lokasi berbeza pagi ini. Entah apa yang terjadi, nampak benar ia bagai sesuatu yang tidak kena dan masuk dek akal. Kedua-dua persitiwa yang berlaku pagi ini adalah berkaitan dengan Kerajaan Negeri Perak yang sedang dilanda kemelut yang paling parah hari ini. Satu peristiwa akan berlaku di negeri Perak, iaitu Sidang Dewan Undangan Negeri di Bangunan Pejabat Kerajaan Negeri Perak di Ipoh, manakala satu lagi ialah di Mahkamah Tinggi Jalan Duta dimana perbicaraan kes siapakah Menteri Besar Perak yang sah akan juga diputuskan pagi ini. Makanya, kedua-dua persitiwa bersejarah ini pastinya akan menjadi perhatian rakyat Malaysia seantero dunia. Nampaknya, apa yang berlaku ini bakal mengundang permasalahan yang lebih besar sebenarnya. Kedua-dua keputusan yang berlaku pasti tidak akan dapat diterima oleh rakyat Perak, melainkan pembubaran DUN dilakukan oleh Sultan Perak sendiri. Dalam keadaan yang cukup kritikal sekarang ini, apa pun boleh berlaku. Mahkamah boleh menukar keputusan secara tiba-tiba jika hakim ditekan oleh pihak berkenaan. Jika berlaku Zambry dikatakan MB yang sah, sudah pasti ia akan menyebabkan rakyat memberontak dan kecewa dengan perkara ini. Manakala jika Ir.Nizar pula diperakui sebagai MB yang sah, apakah Zambry dan konco-konconya dapat menerima semuanya ini. Bukankah sesuatu yang lebih panas mungkin akan berlaku jika Sultan Perak tidak membubarkan DUN dalam masa terdekat ini. Justeru itu, Sultan Perak diseru memberi perhatian akan perkara ini dengan serius dan profesional. Serahkan semula kuasa kepada rakyat.Daulat Tuanku.

budak sg.perak said...

saudara besi,
Sungai Perak mengalir dari Hulu Perak hingga ke Beting Beras Basah di Bagan Datoh ke Selat Melaka.
Sungai Perak mempunyai banyak sungai cawangan. Antaranya ialah Sungai Bidor dan Sungai Kinta.
Aku asal kg.kuala parit, bdekatan kg.gajah..penah dengar?xpenah?mungkin saudara sbnarnya bukan org perak..
p/s:saya bukan poyo..saya rakyat perak sejati, rakyat perak semua gagah berani..tapi saudara besi?...
abaikan je la..

Blog ni mmg menarik..tahniah saudara..bangga aku org perak dah ada blog..

budak sg.perak

♥ Che NamNam ♥ said...

a'ahhh tunggu jer la..perak oo perakk bilerrr nak abihhh....memacammmm

besi said...

budak sg perak....bagusla kalau hang org perak...senang sikit aku nak balas komen hang nie....
sebab saudara menyebut revolusi?
siapa yang hendak digulingkan ini?
kerajaan BN..kita ada pilihanraya..kan....
sekarang kena bersabar sahaja la...puncanya itulah..pakatan gagal menjaga Adun2nya... kalau tak semua nie tak menjadi masalah..

PRU 13 kita boleh buat semula....
itu sahaja jalannya........
maknanya tak payah la demo2...
maknanya bertindak dengan bijak..
tak payah beradu kekuatan dijalan..
bila sampai masanya....keluarkan semua(masa pilihanraya la)

besi said...

afsal...tergadai? sape nak gadai negara nie? tak paham.....

besi said...

shila...kita layan je kekalutan nie
tengok pemimpin2 kita buat keputusan.....

aku tak sokong sape2...suka dengan ulasan saudara

afsal_8281 said...

maksud sal kan besi
kita melayu sama melayu ni dok
bertelagah tp bangsa lain dok perati dan tepuk tangan je tau dak...

bangsa2 lain ni dok tunggu ja nak amik alih pentadbiran negara kita ni..nak ke kita dijajah balik oleh bangsa lain walaupun dorg2 ni rakyat Malaysia??

kan dlm Al-Quran (aku tak sure Al-Quran atau hadis) ada mengatakan yg kalo nak memilih pemimpin tu biarlah dari kalangan yg beragama Islam kan... dan lagi moleh kalo pemimpin itu seorang yg berpegang teguh pd Al-Quran dan As-Sunnah??

kalo dilihat dlm situasi skrg ni pemimpin2 kita ada ke ciri2 itu?? ya beragama ISLAM tu sudah tentu tp yg berpegang teguh tu aku tak pasti ALLAH je yg tau...

aku pun tak sokong mana2 tp aku menegakkan yg hak dan mencegah yg batil..

sekian, terima kasih.

juz my opinion

besi said...

sal....hmm setuju ngan sal

afsal_8281 said...

sorry besi ye
agak teremosi tadi tu yg bebel pjg sgt tu...ha3X
macam bagus je kan aku neh...adesss

apa pun sapa pun kita hanya menjalankan tugas sbg khalifah di muka bumi ni kan...
yg elok kita jdkan panduan
yg buruk2 tu kita jdkan sempadan dan teladan...

kita sama2 kita dok telagah pun tak guna gak bukan sapa dgr pun luahan kita tu... kalo ckp lebih2 pun akhirnya msuk ISA la kita...
kata sokong org2 yg nak menegakkan keadilah...tp sapa yg adil itu?? kita pun tak tau...hanya DIA yg MAHA MENGETAHUI nya...

besi said...

tak pe sal...kita bincang pasal negeri kita....sbb tue kita concern....dlm politik susah nak tentukan siapa yg betul siapa yg salah...dua dua pihak licik...
kata org sabor je la