November 30, 2009
selamat
selepas mengharungi
highway plus dengan jayanya
semalam...ditambah dengan
tido lewat (tgk bola) hari
ini terasa amat lemah sekali,
selamat bertugas semula
kepada yang bertugas..
selamat belajar semula
kepada yg sedang belajar
selamat la semuanya..
heheheeh
chelsea menang 3-0 sahaja
games yg menarik dan menghiburkan
(rasa aku utk penyokong2 chelsea je kot)
selamat...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
November 25, 2009
hari besar
apabila kita merayakan sesuatu
keraian kita mesti merasa seronok
dan gembira....kenapa?
apabila kita berpuasa selama sebulan (ramadhan)
dan diahkirnya kita menyambut hari raya(syawal)
betapa nikmatnya hari raya itu..sbb kita
sudah bersusah payah selama sebulan..
tapi sape tak puasa nikmat tue akan berkurangan
sedikit......
begitu juga dengan hari raya haji@korban ini...
rasa aku la...nikmat hari raya haji ini dpt dirasakan
dengan maksimum bila kita menyambut
hari wukuf dipadang arafah..
so kepada2 org yg tak pegi haji...macam aku ini, mungkin rasa
kurang sikit....tapi kita jgn lupa ...hari raya haji juga
dikenali dengan nama hari raya korban.....
so untuk org2 yg tak pegi haji...dengan melakukan korban..
(berusaha mengumpul duit) nikmat hari raya haji ni akan
dapat kita rasai....
begitu jugalah untuk keraian2 yg lain...
contohnya majlis kahwin, konvo, dan sebagainya la
apa yg aku cuba sampaikan..sesuatu perayaan
itu akan lebih nikmat jika kita mengalami
kesusahan sebelum kita mendapatkanya..
BOLEH KE MACAM NI?
P/s: begitu juga tgk bola tgh2 mlm
bila team kita menang hilang rasa ngantok
heheheheh
November 24, 2009
alza
November 23, 2009
sekolah cuti
hari isnin tak nak cerita
tentang chelsea...sbb hebat sgt
rasanya semua org dah tahu...hehehhehe
next weeks baru lawan yg sebanarnya
Arsenal........tunggu dan lihat saja...
cuti sekolah start...
hari minggu masa bulan december nanti
penuh dgn jemputan kahwin..
kalau tak pergi segan pulak...semuanya
kawan2..........
selamat bercuti sekolah kepada budak2 sekolah
dan cikgu- cikgi semua...seronok la hangpa sbb
cuti lama...
selamat bercuti >>>>>>>>>>>
p/s:lepas nie byk la budak2 lepak kat
shopping complex...
November 20, 2009
south africa 2010
world cup 2010...
tahniah kepada 32 negara2
yang telah layak ..
selamat bertanding semua..
Amerika selatan
1.brazil
2.argentina
3.paraguay
4.uruguay
5.chile
Eropah
1.england
2.italy
3.sepanyol
4.belanda
5.perancis
6.serbia
7.slovania
8.greece
9.portugal
10.german
11.denmark
12.swistzeland
13.slovakia
Africa
1.africa selatan
2.cameroon
3.nigeria
4.algeria
5.ghana
6.ivary coast
asia
1.australia
2.jepun
3.korea utara
4.korea selatan
amerika utara
1.usa
2.mexico
3.hondurass
ocenia
1.new zealand
p/s: malaysia tak layak lagi
tunggu 20 tahun lagi kot...
sabar je la nie
November 19, 2009
mata
mata pancaindera yang penting
mata juga adalah nikmat tuhan
yang tidak ternilai
hargailah mata........
mata membolehkan manusia
melihat alam dan menjalani
kehidupan didunia dengan
jayanya........
mata kita juga ada kelemahanya
ia tidak mampu menjalankan
tugasnya jika tiada wujud cahaya...
tanpa cahaya mata tidak mampu utk melihat...
so mata dan cahaya adalah pasangan yang
saling memerlukannya.........
p/s: kenapa bintang kita dipanggil
MATA HARI..sbb dia mengeluarkan cahaya
cahaya ngan mata saling memerlukan
November 17, 2009
juara dunia
rasanya pada hari minggu lepas
banyak acara sukan yang diadakan
tapi yang menarik perhatian ialah
jaguh tinju dunia yg berasal dari
filipina...manny pacquiao
beliau telah berjaya merampas gelaran dunia
WBO welterweight champion dari Miguel Cotto
miguel cotto adalah juara bertahan dlm acara ini.
itu pengetahuan semua...ini adalah acara sukan tinju
profesional....maknanya bukan amatur macam sukan olimpik, asia
or sea games...ini juara dunia profesional.....
kiranya mamat filipina nie hebat la orangnya...
dia cukup terkenal dinegaranya...sepatutnya
kita sebagai negara serantau patut merasa
bangga kerana pencapaiannya...sbb jarang sgt
org dari asia tenggara leh jadi juara dunia
dlm acara sukan yg berbentuk fizikal mcm nie...
syabas manny pacquiao..........
p/s: bila la negara kita leh ada juara
macam manny pacquio...
November 13, 2009
hujung minggu
November 11, 2009
kemboja ohhhh siam
hubungan negara kemboja dengan
thailand khabarnya semakin dingin...
situasi begini amatlah tidak menyenangkan
dan merisaukan jiran jiran serantau...
hubungan yang dingin boleh meletup sehingga
berlakunya peperangan...
puncanya perebutan kawasan WAT yg berada
disempadan dikedua dua buah negara...
dan yang terbaru isu tentang perlantikan
bekas perdana menteri thailand thaksin sebagai
penasihat ekonomi kepada kerajaan kemboja...
situasi ini menyebabkan kerajaan semasa tahiland
sanggup memanggil pulang dutanya di kemboja...
dalam hubungan antarabangsa, jika duta dipanggil
pulang bolehla dianggap hubungan diplomatik
kedua dua negara sudah putus...(ada org kata pula,
dengan pulangnya duta maka seolah olah pengistiharan
perang telah dimulakan). ini yang merisaukan negara2 jiran
yang lain.....
kalau perang tercetus...kesannya bukan kepada kedua dua negara
malah merebak ke negara serantau...
dlm keadaan ekonomi global yg suam suku nie harap2
bahana akibat peperangan tidak berlaku dirantau kita.
semoga pemerintah kedua dua negara bertenang dan berusaha
utk mengendurkan ketegangan ini....kita tidak sanggup melihat
rantau ini menjadi huru hara.........
harap2 bulan disember nanti semasa
kejohanan sea games dikemboja
tiadalah perkara buruk yang berlaku..
semoga acara sukan boleh menenangkan
negara yg bergolak
keamanan serantau menjamin
kestabilan dan kemakmuran..
November 10, 2009
APA TUE?
protokol...adalah satu istilah yg merujuk
kepada tatacara, adab dan mungkin juga disebut
sebagai aturan dalam sesuatu majlis
atau pun kehidupan harian kita...
contoh jelas protokol ini dipraktikkan
di istana, mahkamah, majlis2 rasmi kerajaan, swasta
dan seumpamanya.......
orang yang tidak mengikut protokol tidakla menjadi kesalahan
besar tapi akan dilihat kurang adab sahaja.......
namun dalam masyarakat yg semakin terbuka ini
elokla dibuang protokol2 yang dilihat sebagai
undemocratic, menekan dan seumpamanya dlm sistem masyarakat kita.......
sebab dlm zaman siber ini...contohnya org berbicara
dlm dunia maya protokol2 ini hampir dikatakan tiada langsung
semuanya sama sahaja.......so protokol tidak relevan dlm
dunia siber.........
persoalan protokol ini perlu atau tidak?
mudah sahaja.. amal lah protokol jika masyarakat
atau budaya memerlukannya....dan tak payah amalkan
jika masyarakat sudah menyampah dengan protokol2 yg pelik
siapa yg tentukan protokol ini? masyarakat la........
p/s: dlm majlis merisik anak dara
protokol kena ada kalau tak
tak dapat la.....ehheheheheeh
November 9, 2009
debaran terlerai
piala malaysia
kelantan 1
N9 3
debaran terlerai dengan
kemenangan N9 ke atas kelantan
tahniah N9 dan kelantan cuba lagi
tahun depan...jgn kecewa sgt k..cool je
ehm ehm ehm...
macam biasa...sbb game mlm tadi lewat sikit
so pagi ni mata kurang sikit....
chelsea 1
Mkayu 0
chelsea terus unggul dipersada liga
Mkayu ditendang ke tempat 3 oleh Arsenal
chelsea chelsea chelsea
November 6, 2009
debaran
minggu ini...
chelsea vs Mkayu...
mendebarkan....
begitu juga final piala malaysia
kelantan vs negeri sembilan..
kedua dua pasukan begitu inginkan
paling berprestij ini....
utk rekod...N9 hanya penah menang
piala ini pada tahun 1948.. lama dah....(hms malaya nama dulunya)
dan utk rekod juga kelantan masih belum pernah menang
piala ini pun.....
gud luck utk kedua dua pasukan....
P/s:negeri2 yg belum pernah menang piala malaysia
1.Melaka
2.Sabah
3.Sarawak
4.Kelantan
November 5, 2009
nizar vs zamberi
hari ini mahkamah mendengar kes
siapa menteri besar perak yang sah...
oleh sebab kes ini sudah ke mahkamah persekutuan
(mahkamah yg terakhir dlm sistem kita) maknanya
keputusannya nanti akan menjadi keputusan yg ahkir..
kita tunggu dan lihat apa kata 5 hakim di federal court nanti...
selamat bersidang semua...............
November 4, 2009
21 dec 2012
last week tgk history chanel
kecoh pasal the end of world 21 dec 2012
dan khabarnya 12.nov 2009 akan ada filem
berkaitan dgn...2012 ini ...
ditayangkan di malaysia(leh la tgk nanti)
semuanya bermula dengan ramalan
Nostradamus pada 500 tahun dahulu..
dan diterangkan juga oleh kalendar kaum
mayan yg hidup diamerika selatan bahawa dunia tamat pada
dec 2012...(tamadun mayan ialah yg membina piramid selain dimesir)
ahli2 sains moden juga
mengatakan pada dec 2012 nanti
satu fenomena akan berlaku iaitu matahari
akan sebaris dengan pusat galaksi bima sakti..
perkara ini hanya berlaku 26 ribu tahun sekali...
tak tau la semua ini kebetulan
atau hanya imaginasi Nostradamus sahaja.
tapi yg pasti dlm internet kecoh pasal 2012 ini.
orang islam percaya akan berlakunya hari kiamat(rukun iman)
tapi sudah diterangkan didalam Al-Quraan hanya Allah SWT sahaja'
yang tahu bila berlakunya hari kiamat...hatta Nabi kita Muhammad SAW pun tidak mengetahuinya...dan baginda hanya mampu memberi tanda2 sahaja bila akan berlakunya kiamat dan tidak dpt memberi tarikh yg sebenarnya berlaku kiamat ini.
semalam aku saja tengok kat kalender pada 21 dec 2012
nanti jatuhnya pada hari jumaat...
boleh la kita tengok movie 2012 ini..tapi kat barat
ada yg sudah taksub ttg perkara ini....kita org islam
jgn taksub sgt k...tengok je movie tue sebagai pengajaran
dan hiburan....sahaja
November 3, 2009
tahan
semalam hampir semua ahkbar
menceritakan ttg penahanan
seorang bekas mufti perlis
yg didakwa mengajar tanpa tauliah
oleh jabatan agama islam selangor(JAIS).
kita orang awam...tentunya tertanya-tanya
apakah seorang bekas mufti tidak
layak utk mengadakan kuliah jika tidak
dapat tauliah dari JAIS..
adakah penceramah2 dalam tv malaysia
mendapat tauliah utk menceramah didalam
TV dinegara kita?...
jika ada perbedaan pendapat diantara tokoh2 agama
elokla dibuat secara ilmiah, dengan cepat..
sbb kami org awam kurang pemahaman ttg perkara2
yang dibangkitkan.......harap ada penjelasan
semoga segala masalah dan salah faham dapat diselesaikan
supaya kami tidak terus terkeliru.......
muzakarahlah kamu...supaya kita semua
mendapat manfaatnya...
November 2, 2009
cerita Law Abiding Citizen
semua orang cakap citer nie menarik utk ditengok...
budak2 opis aku kata...rugi kalau tak tengok
hari sabtu lepas baru la ada peluang tgk citer nie...
ulasan dari aku.....
cerita tentang sesuatu ketidakadilan adalah cerita
yang menarik utk dilihat.........maknanya tema
citer ni mmg baik......namun..Law Abiding Citizen
telah gagal memenuhi standard cerita ini...
dengan kata lain...cerita ini sepatutnya
diolah dengan lebih baik dan menjadi lagi best utk
dilihat.........tapi gagal dlm cerita ini...
sungguh mengecewakan...
bapa yg kehilangan anak dan isteri telah gagal
dlm mendapat keadilan dari sistem perundangan
telah mengajar pendokong2 sistem tersebut...
hakim... DA...peguam bela..dan seterusnya
penjenayah itu sendiri...
namun..aspek2 utama telah sengaja dilupakan
tentang bagaimana bapa ini berjaya melakukan
yg tidak mampu dilakukan oleh org lain...
faktor dia seorang agen rahsia...telah dilihat
sebagai faktor yg tidak penting....ini menimbulkan
ketidak logikan cerita ini....sbb kakitangan federal
kat US...jgn disentuh...hatta mafia yg kacau adik
kerani FBI akan diburu sampai kelubang cacing...
inikan pula penjenayah biasa...dan pejabat DA boleh
membenarkanya....tak logik langsung....
keupayaan utk melihat pergerakan wang dan transaksi
yg dilakukan mangsa...menimbulkan pelik...
bagaimana pejabat DA gagal mengesannya dengan awal.
hartanah yg dibeli sebelah penjara...tak logik langsung jika
gagal mengesanya. apa punya susah nak kesan...pelik aku.
...ya diahkir baru tahu...hehehehe...
bagi aku....cerita ini sepatutnya menjadi lebih
menarik jika sbb tema ketidakadilan ini memang
mudah utk penonton melihatnya....namun d;m cerita ini
kecewa...dibuatnya
dari 5 aku bagi 3.5
p/s: ini pandangan aku
pandangan org lain aku tak tau
Subscribe to:
Posts (Atom)