July 30, 2009

malam jumaat

hari ini hari khamis.....
selepas waktu magrib nanti....
lebih dikenali dengan malam jumaat...
kalau mengikut takwim islam...selepas waktu magrib
maknanya masuk ke hari seterusnya...
tapi berbeza dengan pengiraan moden...
yang menetapkan selepas pukul 12 tgh mlm
baru masuk hari berikutnya......
info ini rasanya semua org dah tahu....
masa kecil2 dulu..waktu kanak2 sering dimomokan
bahawa malam jumaat.....banyak hantu2 akan
berkeliaran...ini kerana roh2 si mati akan pulang
ke rumah keluarganya.....ini yg sering menghantui
zaman kanak2 dulu.......
tapi..bila besar sikit....lama2 aku dapat mengetahui
kenapa org2 dulu suruh budak2 tido cepat bila mlm jumaat
dan memomokan dengan cerita hantu....
sebabnya...rasanya korang yg baca blog ni pun faham kan....
hehehehehe
selamat mlm jumaat semua..........
p/s...mlm nie cerita KELIWON...mesti budak2
lepas tgk cite tue tido cepat la

July 29, 2009

cantik

suka tengok gamabr2 yang cantik

July 28, 2009

3 nyawa

kematian akibat H1N1 a.ka. selsema babi
telah meragut 3 nyawa dinegara kita....
situasi yang amat membimbangkan...
harap2 lepas nie tiada lagi nyawa melayang
akibat angkara virus babi nie.....
penawar kepada virus nie....rasanya dah dijumpai
untuk mengeluarkanya kepada pasaran mengambil
masa sedikit...ini adalah utk tujuan keselamatan...
maknanya kajian atau pemantauan mesti dilakukan...
khabarnya kementerian kesihatan....sudah menempah
sejumlah penawar dengan belanja hampir 5 juta ringgit...
tak pe belanja lebih asalkan rakyat selamat.....
selamatkan Malaysia dari H1N1..........

July 27, 2009

samar

hari minggu tanpa bola memang menyesakkan...
liga super pun sudah berakhir.......
rasanya semua org dah tahu sape menang...
lepas nie kita masuk dalam saingan liga Piala Malaysia...
selamat berjaya kepada semua pasukan nanti....
tapi aku macam biasa la....tetap sokong pasukan YOB...
BPL...or EPL....akan mula pada bulan depan.....
tak sabar rasanya nak menonton...
nak tengok pasukan mana yang boleh muncul juara...
dan adakah team kaya baru MC mampu memecahkan
dominasi BIG FOUR......
semuanya menarik perhatian........
tapi aku tetap macam biasa....BLUE team menjadi pujaan hatiku
CHELSEA CHELSEA CHELSEA.........
tapi ada berita yang kurang enak..... astro akan
menaikan harga untuk pelangan2 yang mengambil
pakej sukan...... penat la camnie....astro tanpa chanel
sport lebih baik tak de astro...
peminat2 bola...mesti tension sikit nie......
kena setting balik pakej2 yg dia sediakan nie...

July 24, 2009

jumaat

selamat berhujung minggu semua

July 23, 2009

besiberani

besi berani.....? a.k.a magnet.... satu logam yang unik...kerana keupayaanya untuk menarik dan menolak......... ion2 positive dan ion2 negative besiberani....yang menjalankan fungsinya sebagai besiberani................ kegunaan...besiberani? tak pasti.......tapi masa aku kecil2 dulu bila emak tengah menjahit...kalau jarum jatuh atau hilang....besiberani digunakan utk mencarinya........itu yang aku tahu....... knp besiberani? nama besiberani dipilih kerana keuniknya...boleh menarik dan boleh menolak....mengikut kesesuaianya.. ada sesuatu kita boleh terima...ada sesuatu kita tidak boleh terima......itu lumrah manusia.... dan semuanya dipengaruhi oleh dunia..... selamat hari khamis semua........

July 21, 2009

kancil

kereta kancil....kecil kecil cili padi
kancil sebijak anda.....
itula motto untuk keluaran sulung kereta
kancil pada tahun 1994 dahulu......
semalam tengok berita....kereta kancil
telah dihentikan pengeluarannya....
maknanya selepas perodua tak akan
mengeluarkan kereta kancil lagi...dan
akan digantikan dengan viva....
pemilik2 kereta kancil tidak perlu bimbang
untuk mencari alat ganti, kerana perodua tetap
akan menyediakannya...bagi keperluan pengguna....
dengan kata lain...tak payah nak risau........
selamat tinggal kancil....kau tetap dihati
pengguna jalan raya di Malaysia......

July 20, 2009

monday

isnin.....hari pertama dlm sistem mingguan kita isnin.....hari yang biasa dikaitkan dgn malas dan letih bagi sesetengah org......hinggakan ada pepatah mengatakan BLACK MONDAY..... kenapa situasi ini berlaku..? mungkin disebabkan isnin ialah hari selepas hari ahad....sedangkan hari ahad adalah hari cuti..... mungkin la.......................... so....kena ceria ceriakan hari isnin' kita supaya menjadi...........BLUES MONDAY....

July 17, 2009

maruah

esok hari minggu........
Mkayu akan menentang malaysia...
pemain2 team malaysia harap dpt
tunjukkan semangat juang yg tinggi...
kalau tewas pun tak pe....
tapi biar tewas secara bermaruah.........
gud luck semua..............
p/s: aku dah tgk movie harry potter
bagi aku siri keenam nie kureng sikit
banyak sgt aksi cinta...dari aksi ahli sihir...
kena tunggu siri ketujuh nampaknya

July 16, 2009

Harry Potter and the Half-Blood Prince

Harry Potter and the Half-Blood Prince
siri terbaru yang akan mula ditayangkan
di seluruh dunia pada hari ini.........
oleh sebab aku dari siri yang pertama sampai
yang ke lima dah tengok, maka hari minggu nie
kena tengok la, siri yang keenam nie.....
harap2 siri akan lebih menarik dari siri yang kelima...
sama2 kita tunggu..............

July 15, 2009

kekalahan dan kemenangan

kekalahan yang disambut dengan gembira....
kekalahan yang diharap menjadi perangsang
kekalahan yang tipis.....
kekalahan yang manis dan ceria.....
itulah yang dirasai oleh penyokong2 BN
dlm keputusan PRK di manek urai..............
kemenangan yang perlu dihalusi
kemenangan yang menyedarkan mereka
kemenangan yang tipis
kemenangan yang pahit dan merisaukan..
itulah yang dirasai oleh penyokong2 PAS
dlm keputusan PRK di manek urai....
dalam kes begini.....kita sebagai rakyat
biasa boleh menjadikannya sebagai
motivasi.....yang kalah tidak semestinya lemah
dan yang menang tidak semestinya kuat....
jika aku gagal hari ini, esok mungkin aku boleh berjaya...
jika aku berjaya hari ini, esok mungkin aku akan gagal...
kita mesti berusaha buat yg terbaik....

July 14, 2009

MU

kat MU hari ini ada pertandingan satu lawan satu
siapa yang menang....masih belum pasti lagi..
kedua dua pihak masing2 mendakwa mempunyai
peluang untuk menang..........
malam nanti kita sama2 lihat siapa yang kena....
menurut referee(spr) kali ini pertandingannya
begitu tertib....sehinggakan tiada satu pun laporan
polis yang dibuat....berbanding PRK yg sebelum ini...
tahniah kepada kedua2 pihak yang bertanding....
REFERENCE:
1.MU.....manek urai
2.SPR......suruhanjaya pilihan raya
3.PRK.....pilihan raya kecil

July 13, 2009

jerebu

nie pic masa ok..........................
hari ini...kl jerebu teruk....
naik moto rasa macam tak selesa je..
kalau petang nie hujan....lega la sikit...
confirm menara petronas(KLCC) dah
hilang dari pandangan mata.....
mana hujan nie...?

July 10, 2009

amarah

hari rabu yang lepas...masa nak balik keje
perjalanan aku telah tersekat...dengan keadaan jam
didepan....oleh sebab aku naik kapchai...leh la
cilok mencilok....sampai kat depan..rupa-rupanya
ada xcident sikit....aku tgk tak de yg teruk pun...
masalahnya perang mulut telah berlaku antara
mamat kereta dan mamat moto nie...ini yg telah menyebabkan
jam...kerana kenderaan mereka tak dialihkan...
kenderaan belakang sudah hon- menghon....
aku pun pegi dekat diorang...cakap "sudah la..
benda kecik je...tak payah besar2kan...
tapi mangkok 2 ekor tue masih betegang urat..
sehingga seorang tue dah nak naik tgn...
aku cepat2 tarik mamat yg sorang lagi....
kebelakang......ckp sekali lagi sudahla bang...
benda kecil je nie........kesian org belakang jam...
haram diorang wat tak tau je....menyampah betul aku...
tiba2 mamat seorang tue...cakap "ko tunggu aku nak telefon
...aku mmg pelik betul la...tak sampai 2 minit...sekejap je
5 biji moto dah sampai....dalam ati aku cakap...
diorang nak panjangkan rupanya......
tapi nasib baik la.... geng moto yg datang tue...suruh
mangkok 2 ekor tue alihkan kenderaan masing2...
aku ...bila dah laluan clear kira ok la tue....
malas nak tunggu selepas tue....lantak korang la...
bagi aku benda nie sebenarnya kecil je....
sebenarnya cukup salah seorang beralah...
dan org awam menyabarkannya.....mesti cool punya...
tak payah nak besar2kan.....
memang masa xcident kita panas...sbb tu la
kita org awam kena coolkan mereka....
aku pun penah juga kena macam nie...tapi cool je
sbb masa tue aku yang salah.....heheheheh..
pot pet pot pet...ada broder tue nasihat aku...diam
je la....aku tgk kereta dia ok, aku cakap kat broder tu
"bang kete abg ok je tak de calar pun...saya dh nak gerak nie
kita pun blah la....maknanya kita mengelak utk kejadian buruk....
tapi mangkok2 yg aku cerita tadi...diorang macam nak panjangkan..
amarah..semua orang ada........bagaimana kita mengawalnya, itu yg
penting.........
cool je...
p/s:itu sbb aku yg salah...kalau aku tak salah
tak tau macam mana lagi...hehheeh

July 9, 2009

ppsmi

ppsmi......... tak tau nak komen apa... mereka dah buat kajian... mereka dah menilai mereka dah merumuskan... hasilnya telah diumumkan semalam sebagai khalayak....ikut sahaja la....

July 8, 2009

hujah....

semalam tengok tv9 ada rancangan hujah....
tajuk debat patutkah ISA dimansuhkan
ahli2 panelnya Tan sri sanusi junid..(mantan MB kedah)
dan YB wee MP wangsa maju.....
menarik...penuh tertib dan mempunyai
pandangan yang pelbagai dan munasabah....
serta fakta2 yang masuk akal...........
semua orang nak negara dia aman...
semua orang nak negara dia maju
semua orang nak keadilan...
semua orang nak kesejahteraan.....
teringat satu kata2
undang2 dibuat untuk mengawal kekalutan
dan jangan jadi kan undang2 itu punca kekalutan..
so macam mana? nak hapuskan ke tak...
tepuk dada tanya selera.......
p/s: mana fauziah ghous..lama tak keluar tv....
dah tak berlakon ke?

July 7, 2009

kaki

minggu lepas ada dengar kat radio
dlm temubual tentang seorang gadis
yang ingin memecah malaysia book of record
dengan berlari sejauh 2500 km
jauh tue.....kagum kagum kagum...
tapi yang lebih mengkagumkan....
gadis tue mempunyai rancangan
dan dijangka tahun hadapan..
dengan menjadi wanita pertama
berlari merentasi gurun sahara....
gempak tue...panas kat sahara tu
aku minggu lepas hantar moto
kapchai kat bengkel..sbb ada problem sikit...
masalahnya bengkel tue lebih kurang 0.5 km
aku malas nak balik jalan kaki...terpaksa suruh
broder bengkel tue hantar aku balik.....
aku cakap kat broder tue...lepas siap nanti
hantar la moto kat umah.....
tunggu punya tunggu haram tak siap2 lagi ke
moto aku.....
dengan malasnya aku memulakan langkah
nak ke bengkel tue.....bayangkanla lebih kurang
30 tapak boleh aku patah balik...tak larat....
sudahnya aku naik kete....pegi bengkel tu..
dan broder tue pun kena hantar moto aku juga....
semuanya disebabkan aku tak larat nak jalan kaki
jauh2 ,..................
tapi aku pelik...camne gadis tue leh berlari sejauh
2500 km.....dan akan datang nak berlari kat gurun
sahara..........
AKU...nak jalan kaki 0.5 km pun tak larat.........

July 6, 2009

maisarah

semalam tengok tv astro prima
pukul 10 mlm....tajuk telefilem tue maisarah
memang jarang tengok drama melayu
tapi semalam kena tgk ....sbb
drama tue shooting kat umah yg aku duduk
sekarang.....
hehehehe citenya tak best sgt tapi
nak tengok juga...sbb lokasinya la...
hehehehe
sokong la drama tempatan...
p/s...pic nie dah tunjuk dulu....
hehehe hero dan heroin bergambar ngan
kami...heheeh

July 3, 2009

indah

lama dah tak tengok teater
teringgin pulak rasanya nak
menonton teater..........
ada teater free ke hujung minggu
nie.....
info please...............
pantun bosan
anak ikan main dalam kolam
anak ayam main dalam lubang
ada cerita orang diam
tak de cerita orang tercengang2..

July 2, 2009

mana bolanya....

sejak musim bola tengah berehat nie hari minggu aku dalam kehambaran.... kalau tidak...mesti mengadap tv tgk bola tapi sekarang mati kutu........ bila la epl nie nak start balik........... bosan nie...................... team chelsea macam kurang berbelanja untuk menghadapi musim baru nie.... sekarang semua tertumpu kepada liga sepanyol aka la liga..... real madrid musim nie banyak buang duit...beli player2 star.......... apa2 pun chelsea ko tetap dihati......