July 15, 2009

kekalahan dan kemenangan

kekalahan yang disambut dengan gembira....
kekalahan yang diharap menjadi perangsang
kekalahan yang tipis.....
kekalahan yang manis dan ceria.....
itulah yang dirasai oleh penyokong2 BN
dlm keputusan PRK di manek urai..............
kemenangan yang perlu dihalusi
kemenangan yang menyedarkan mereka
kemenangan yang tipis
kemenangan yang pahit dan merisaukan..
itulah yang dirasai oleh penyokong2 PAS
dlm keputusan PRK di manek urai....
dalam kes begini.....kita sebagai rakyat
biasa boleh menjadikannya sebagai
motivasi.....yang kalah tidak semestinya lemah
dan yang menang tidak semestinya kuat....
jika aku gagal hari ini, esok mungkin aku boleh berjaya...
jika aku berjaya hari ini, esok mungkin aku akan gagal...
kita mesti berusaha buat yg terbaik....

13 comments:

nita said...

kalah dan menang..
adat pertandingan..
yang menang dalam pertaruhan..
harap tunaikan semua yang dijanjikan..

cewahhhh..

cam pantun laks..

afsal_8281 said...

kalah dan menang mmg adat pertandingan
tp mesti bersebab mengapa rakyat di situ menolak
fikirkan yg positif saja

peacee...

KUNTONG said...

yang menang ada kalahnya,
yang kalah ada menangnya.
yang menang tidak menang semua,
yang kalah tidak kalah semua.
pada yang menang
segala janji mesti ditunaikan,
jangan tunai untuk diri sendiri,
nanti Allah murka,
yang tinggal,
kenangan manis dan pahit,
fitnah, seranah telah dihamburkan,
dosa pasti tercatit,
kata nista telah dihamburkan,
bagaimana ini akan diselesaikan ?
ingat...!
kita berpecah dua,
depa dok tengok dengan gembira,
samai waktunya,
kita semua lemah, pecah,
depa datang, hentam kita bersama,
dan.....akhirnya,
melayu mati....masuk hutan,
jadi kera.....tak tentu hala.

besi said...

sis_nita...janji ditabur untk undi
undi dikira berkali kali
menang&kalah sudah pasti
janji tingal janji..

besi said...

sal...positive dlm semua keadaan...


kuntong...setuju, tapi hujah perpecahan aku rasa macam kurang setuju...kita boleh berbeza pendapat dlm kerangka demokrasi yang matang...itu je....tak suka la hujah sokong parti lain kita dah berpecah........

eddie dewanaga said...

ibarat kata Pyanhabib...

Jambatan Manek Urai cuma berharga 65 undi saja!

IT'S Me N.a.N.a said...

betul..jika kalah hari ini bukan bermakna esok pun kita kalah.
perjuangan belum disettlekan. so, jgn berhenti!


**amboi, ayat poyo dah keluar..kah..kah..

besi said...

bro...itu la pertandingan demokrasi...1 undi pun kira pemenang...aku ingat lagi masa tahun 1999 kat DUN chini...keadilan menang dengan 1 undi sahaja....hehehehe mmg sengit


nana....tak pe, ayat2 poyo tue nasihat...baik utk semua orang...

Joe said...

pada yang menang, bersiap sedia lah. rakyat bakal menagih segala yang dijanjikan.

besi said...

masalahnya joe...pas(yg menang) dia tak janji apa2 pun....hanya perkhidmatan yg terbaik je la...

Joe said...

betul gak tu 'besi'..

apa-apa pun TAHNIAH kepada yang menang.kepada yang KALAH cuba lagi di gelanggang yang lain pulak yea..
jangan merajuk pulak sampai tak nak
bertanding macam kat penang
hari tu..

a.b geldofg said...

menang sorak kg tgadai

besi said...

a.b geldofg....hheeheh sape nak gadai kampung hang nie?.hehehehe