January 29, 2010

diner

malam ini ada diner di royal chulan hotel
office diner....
tengok temanya gempak je..retro 1970an..
heheheh aku gelak je...
budak2 opis aku ada yg dah bersemangat dah
hehehehehe........siap tempah2 baju lagi..
aku? hambar sikit...tak pandai sgt dlm majlis2 sosial
macam nie.........so aku pakai je baju biasa je...
diorang cakap ikut tema? malas aku...
apa yg penting mlm karang aku nak makan je...
heheheheh

layan je

January 28, 2010

pelik

pelik la...blog aku nak upload gambar dah tak leh sbb kat kolum new post selalunya ada menatang kat atas yg add image or add video sekarang ni kosong je tak best kalau entry tak gambar... sape tau? camne nak ada balik....

January 27, 2010

tgk wayang..legion

legion.......... hmmmm macam mana nak komen tapi ok la citernya... kata orang boleh tengok la. action...walaupun lakon layarnya serta latar amat biasa sahaja... tetapi watak utama...berjaya menghidupkan cerita ini dgn lakonan yg mantap.... antara babak2 yg menarik ialah semasa angel mikail vs angel jibrail... teruja kejap..... kisah legion ni...berkaitan dgn angel mikail yg melanggar perintah tuhan dgn membela manusia.........itu je..kisahnya. sbb tue lakonan yg bersahaja watak utama berjaya menghidupkan cerita ini...kalau tak hambar la cite ni. 3.5 dari 5. p/s: 18 tahun keatas sahaja.. budak2 tak leh tgk...

January 26, 2010

selasa

selasa yang indah.... selasa yang damai... selasa yang cerah..... selasa yang ceria.... selasa diambil dari bahasa arab salasah yang bermaksud kedua... seperti umum tahu...selasa adalah hari kedua dlm seminggu selepas hari isnin........untuk itu.. nama bagi hari kedua ini mmg sesuai digelar dari perkataan arab tersebut.......... oleh itu...SELAMAT HARI SELASA semua...........have a nice day

January 25, 2010

plastik beg

pasar raya2 yg ada kat selangor sekarang nie setiap sabtu tidak menyediakan plastik beg utk pengguna.......... hmmmmm utk alam sekitar katanya.. aku jarang sgt pergi ke pasar raya2 ni. sabtu lepas kebetulan pergi...budak kat caunter tu cakap kita hari sabtu tak sediakan beg plastik....termanggu kejap.... terpaksa aku bawa barang gendong camtue je.. apa2 pun kalau utk alam sekitar aku setuju je......... lepas ni hari sabtu tak nak pegi kat pasar rayala.........

January 22, 2010

semasa

selamat hari jumaat... dah nak abis bulan januari .. kejap je.....

January 21, 2010

berubah

gemuk sekarang ni....... kena wat sesuatu nie...

January 20, 2010

cigar

rokok merujuk kepada tembakau yg digulungkan serta disaluti dengan kertas ataupun daun. cara penggunaannya adalah dibakar kemudian dihisap secara perlahan lahan. asapnya hendaklah dihembus keluar semula.....boleh melalui hidung atau mulut. rokok tradisional atau lebih dikenali sebagai rokok daun.. perbezaan rokok tradisi dgn yg dijual dipasaran sekarang adalah pembalut dan penapisnya(filter). rokok tradisi disaluti dgn daun(nipah) dan rokok sekarang pula dgn kertas(kertas khas). rokok tradisi tidak mempunyai filter tetapi rokok sekarang mempunyai filter. ciri2 fizikal tersebut yg membezakan kedua-dua jenis rokok ini. rasanya ikut pilihan masing2 la. entry ini bukan nak menggalakkan org hisap rokok...jgn salah faham........ hanya utk pengetahuan am sahaja...k merokok membahayakan kesihatan.... p/s: keretek tue rokok ke? siapa tahu?

January 19, 2010

laksa........

hari ni nak cite pasal makan lagi.. selain nasi yang menjadi santapan utama rakyat negara kita, ada juga makanan2 jenis lain yg menjadi pilihan rakyat malaysia. salah satunya laksa........ laksa sesuai utk dimakan diwaktu tengah hari dan petang. waktu pagi rasanya jarang dibuat org. malam? ada juga' tapi kadang2 la.......... laksa dimalaysia boleh dipecahkan mengikut zon... zon utara, zon selatan dan zon pantai timur. zon malaysia timur kurang periksa (tak tau laksa kat sana camne. sapa tau bagi tau la) tapi yg paling top ialah laksa utara. utara utk lebih tepat ... laksa penang. teringat semasa cuti selepas spm...hampir 4 bulan lepak kat pantai banglow pecah area teluk bahang' aku ikut org meniaga laksa ditepi pantai disitu.... laksa tu memang sedap.....ramai yg datang memuji keoriginalan laksa tersebut.... sebenarnya tauke aku org perak... tapi dia pegi upah org teluk bahang buat kuah laksa tu.. bila org tanya dia suruh ckp bini tauke yg masak...heheheheh. ada satu makcik org penang la...sbb kami tak cakap utara.. dia kata adik sape masak laksa nie.? hangpa macam bukan org sini. laksa ni laksa penang....aku selamba jwb bini boss. dia org balik pulau...tak leh ckp org teluk bahang takut sama rasa laksa yg tempat boss aku upah tue...heheheh(teringat masa dulu2 sorry) diperak laksa hampir sama dengan penang(leh lwn) tapi ada sedikit perbezaan ttg laksa itu, tepung beras digunakan' utk membuat laksa. dan itu yg membezakan laksa perak(org2 kuala kangsar tau) dgn laksa penang.....kuah cara yg sama. aku mmg hantu laksa....heheheheheh kalau ada asam keping pehhhhhhhhhhhhh wa cakap lu.....sedap... petang nie sape teringgin leh kena laksa. kat kl? tak jumpa lagi tmpt yg jual laksa best....tapi kt pasar mlm ada la. tmn melawati. penah try laksa pantai timur ngan laksa johor....tak leh la...mungkin perut aku lain heheheheh p/s: kalau teringgin sgt laksa kena mee segera(cinta) perisa asam laksa sedap tue...

January 18, 2010

nasi

orang asia termasuk juga rakyat malaysia suka makan nasi........ boleh dikatakan sumber karbohidrat yang utama bagi tumbuhbesaran manusia......... bukan apa........sbb kat malaysia ni nasi...ditanak bukan hanya secara biasa....selain nasi putih terdapat pelbagai jenis nasi yg diresepikan oleh org2 malaysia. 1.nasi putih 2.nasi lemak 3.nasi beriani 4.nasi minyak 5.nasi kari(sedap nie..pnh jumpa kt kedah je) 6.nasi goreng ini yg aku tau je.....yg tak tau entahla. bukan apa........kadang2 termenung kalau tak de beras...apa rakyat malaysia nak makan?

January 15, 2010

tanam

selamat hari jumaat semua........... dan selamat berhujung minggu....

January 14, 2010

block

banyak blog2 yg tak leh nak dikomen terutamanya blog yg ruangan komennya dlm kotak tue.......... pelik la...kadang2 boleh kadang2 tak leh knp ya........

January 13, 2010

keciwa

kekalahan berturut-turut sungguh sedih........ rasanya tahun ini team yob...akan menjadi mangsa belasahan team lain.. apa2 pun harap2nya dpt kekal diliga super utk tahun depan. mood....keciwa

January 12, 2010

muzik

muzik....is an art from whose medium is sound. common element of music are pitch(which governs melody and harmony)rhythm(and its associated concepts tempo,meter and articulation)dynamics, and the sonic qualities of timbre and texture. The word derives from greek (mousike), "(art) of muses".(sumber wikipedia) rasanya semua org suka muzik, mungkin kerana manusia itu suka kepada elemen2 yang menghiburkan. namun jika kita suka terlampau kepada muzik ianya boleh menjerumuskan kita kepada situasi yang melalaikan. kalau boleh semuanya kena bersederhana dlm meminati sesuatu perkara......... ada orang tanya ko nie suka muzik atau lagu yg macam mana? genre apa? sampai sekarang tak leh nak jawab...sbb aku suka muzik yg sedap didengar ditelinga.....tak kira la dangdut, pop , rap , hip hop, rock, pop rock, tradisional, arabic,metal, heavymetal, dan lain2 la....janji yg sedap ditelinga... so sampai sekarang tak de artis pujaan yg benar dikatan aku minat. korang semua camno lak? ada ke follower kepada artis2 yg tertentu mesti ada keistimewaanya menyebabkan korang minat. p/s:pernah pegi konsert tak sampai 5 kali yg berbayar hanya sekali je...heheheh.yg lain semua free

January 11, 2010

pelancongan

perlancongan adalah satu industri yang menguntungkan.... ini kerana, tidak memerlukan modal yang besar utk menarik pelancong kenegara kita cukup dengan beberapa promosi dan acara2 sukan bertaraf dunia sudah mampu menarik kehadiran yg tinggi pelancong kenegara kita. hasilnya sudah tentu memberangsangkan. namun begitu, apa yg menarik ttg negara kita yg menyebabkan org asing suka melawat kenegara ini.....klcc ? pulau? hutan? laut? atau apa sebenarnya?... sebagai contoh...jika ada orang bertanya kepada kamu..dikawasan tempat tinggal anda(hometown) apa yang menarik sehingga mampu menarik org untuk berkunjung ketempat anda? susah juga aku nak jawab, korang semua macam mana? leh jawab ke tak? p/s: kat eropah musim sejuk yg melampau byk games bola ditangguhkan. minggu nie tgk game bola malaysia je.

January 8, 2010

liga M

selamat hari jumaat ... dan selamat berhujung minggu semua......... minggu nie....liga M dah start so marilah ke stadium utk memeriahkan suasana liga tempatan....... kalau liga M macam biasa aku tetap die hard fan pasukan kejor yob kejor walaupun tahun ini... dijangka, menjadi pasukan belasahan.........bak kata orang bola itu bulat....... apa2 pun usaha tangga kejayaan kejor yob kejor kejor sampei deme tumpo

January 7, 2010

ngeri

seluruh negara gempar seorang pemuda telah melakukan satu pembunuhan kejam... mangsanya adalah ahli keluarga sendiri... apakah pemuda itu sedar atau tidak dosa yang ia lakukan.....sbb jika difikir dengan waras adakah sanggup seseorang itu memenggal kepala bapanya sendiri? entahla......mungkin penyakit mental ... dan lebih malang dia sendiri tidak menyedari bahawa dia ada penyakit itu.... betul la kata orang...kadang2 manusia itu lupa bahawa dia tue manusia.........

January 6, 2010

tag dari cik gula2

kena tag ngan cik gula2 nak jwab nie.... 1. adakah anda rasa anda hot? heehehe tak.... 2.upload gambar kegemaran anda. 3. cerita pasal gambar gambar ini diambil semasa pegi jb. sebab pergi kenduri kawan kahwin(liyana) oleh kerana...dah lama tak jumpa... so masa inilah kami leh jumpa balik. lagi pun inilah first time pegi jb... heheheheh 4.bila terakhir makan pizza rasanya 2 minggu lepas...tapi kat opis je....org belanja makan je 5. lagu terahkir anda dengar trouble is friend....LENKA 6. apa yg anda buat selain menyelesaikan tag ini? kat opis ....so ..sambil wat keje la 7.selain nama sendiri anda dipanggil nama apa? 1.yob 2.iwan itu je kot.... terus ke soalan yg terahkir sbb soalan2 sebelum itu...tak tau nak letak siapa 8. 5 tentang org yg mengtag anda? 1. cantik dan comel orangya 2. peguam....pendakwaraya 3. lulusan UIA 4. suka memancing dan menulis 5. sanggup berkorban utk org lain....... ok ke cik gula2..............

January 5, 2010

layang layang

layang layang perlu angin untuk megah diangkasa layang layang perlu org mengawalnya untuk megah diangkasa layang layang perlu seimbang untuk megah diangkasa layang layang perlu warna untuk megah diangkasa layang layang perlu lapang untuk megah diangkasa layang layang tidak mampu terbang sendiri menakluk angkasa.....knp? jgn jadi layang layang

January 4, 2010

sekolah

hari ni...dikebanyakan negeri (kecuali kedah, kelantan, dan terengganu sek dibuka semalam) sekolah dah dibuka semula... kepada pelajar dan murid2 semua selamat kembali ke sekolah dan tak lupa juga kepada cikgu -cikgi selamat mengajar... selamat bertugas semula kat opis....hampir lengang mak bapak semua ambil cuti sbb anak nak sekolah... aku kecik2 dulu...pegi sendiri je bagi je duit yuran bayar, bayar sendiri je la... manja kot budak2 sekarang... p/s: penting juga nie...Mkayu kena ngan leed dlm fa cup...heheheehhe