April 30, 2009

1 mei

esok hari buruh.............
so untuk meraikan hari buruh ini
ILO telah menetapkan 1 mei setiap
tahun sebagai cuti umum.........
so esok kawan2 elok la cuti hehehehhe
sambutan hari buruh di dunia selalunya
akan diadakan piket, tunjuk perasaan
dan pelbagai bentuk bantahan untuk
menunjukkan bahawa kaum buruh masih
tidak terbela......
namun begitu, di negara kita perkara2 sebegini
kurang berlaku, ini menunjukkan nasib buruh2
dinegara kita terbela? (ya ke?)....
ok la kawan2 selamat menyambut hari buruh....
happy holiday semua.............
kepada sesiapa yang bekerja esok....anda lah orangnya...
org harapan di tempat anda bekerja.......tahniah

April 29, 2009

cimb ngan maybank

aku masa cuti kat kampung....terkena kejap
dengan masalah mesin ATM nie...
aku guna cimb card....
malangnya kat hometown aku tak de
cimb......
aku pegi la cucuk kat maybank........
technical error........tettttttttttt resit kosong
keluar........duit dah tekan tapi tak kuar.......
aduh tension.....
pegi la tasek(ipoh)...ada cimb kat situ...
boleh la cucuk..............tapi rasa pelik menjelma
sebab....balance aku telah berkurangan sbb transaksi kat maybank
dikira on.........tapi duit aku tak keluar kat atm maybank....aduhhhhhhhhh
rugi la camnie....
hari dah malam...........lantak la malas la aku nak pikir...
tanya la kawan aku...ko kena pegi maybank balik
tanya diorang kenapa duit ditolak tapi tak kuar...
kawan lain pulak cakap kena pegi cimb...mengadu kat sana
baru diorang leh arahkan maybank.....
rasa macam menyusahkan aku je....aku dah nak balik kl dah...
kata orang bersabar sahaja la....RM 200 hilang sbb technical error
p/s:tuhan bersama org yg sabar....tadi pegi atm cimb nak cucuk lagi
tengok2 duit aku yg kurang tue ditambah balik...suka aku

April 28, 2009

barca vs chelsea

agak agak korang la
siapa menang mlm nie...........
kalau tanya aku chelsea menang
2-0......
tapi tak adil la....sbb aku penyokong chelsea...
hehehehe.......... chelsea la mlm nie...
p/s...malas tul rasanya bila lepas cuti nak keje
balik nie

April 24, 2009

kena tagged

Make sure you take the pic and said it is from
ain si kacak.....
telah tagged aku.....
kena cuba buat la..........
You should tell 10 facts or hobbies about yourself.
1.lelaki
2.islam
3.melayu
4.pemalu(hehehe)
5.suka tgk wayang
6.garang (sikit je)
7.suka game(pc)
8.makan ( selera tgh ada)
9.tido..(hari minggu)
10. sentiasa percaya kat org..tapi sekali tipu
langsung tak percaya dah...walaupun betul..
ain...ok ke?

cuti.,,,

oleh kerana hampir 2 bulan tak balik
kampung....oleh itu esok kalau
tak de aral melintang aku nak balik
kampung..............
cuti la....................
happy weeked semua

April 23, 2009

tengah tahun

pejam celik pejam celik sekarang dah hampir penghujung
bulan april dan nak masuk bulan mei 2009....
maknanya hampir setengah tahun 2009 nie...
sekejap je masa berlalu......
rasanya baru je org sambut new year ari tue....
pencapaian 2009? negative
matlamat 2009? negative
harapan 2009? negative
masa itu memang emas la....
betul la kata org jangan buang masa
nanti kita akan menyesal..........
tapi semua kena ingat matlamat tidak
menghalalkan cara.......................

April 22, 2009

bosan

aku 2-3 hari nie blur tak de idea nak tulis........bosan.
BERLARI Kabur dan gelap mereka berlari lari Indah malam dicemburui Gagah matahari menyinari Aku pasti berlari Wujud mentari sekian lama Tidak jemu jemu menabur jasa Bulan ibarat cermin rata Aku tidak mampu berlari Usah digali galur gelisah Merana jiwa menjadi resah Meragut hati mengeluh kesah Jangan berlari tanpa arah Mengapa dicari bahana api Mengapa dirempuh bahana air Mengapa diharung badai angin Berlari aku tidak sama sekali
Disini kita boleh berlari Di dalam tak mungkin kita boleh lari Disana mungkin tidak kita lari lagi Amalan diri jadi pendinding sejati.

April 21, 2009

cantik

hari ini...idea kering........ tak jumpa......tak de isu yang hendak dibahaskan........... nasib baik ada jumpa pic baizura nie hehheeh cantikkan dia....tapi sayangggggggggggggggg dia tak berlakon dah..............

April 20, 2009

melabur

kata orang...sekarang masa yang sesuai untuk
beli saham....sbb harga tengah murah...dan
bila ekonomi dunia pulih harga akan meningkat
dan pelabur boleh mendapat untung......
jangan tanya syer mana yang leh naik dan mendapat untung
yang banyak?..............
aku pun tak tau, sbb benda macam nie tak leh nak confirm
semuanya ramalan sahaja.....sape2 yg ada duit lebih boleh
la usha2 saham yang ada tue.........
bola...semalam MKAYU gagal layak ke final piala FA
heheheh...chelsea kecewa jugak....sbb tak leh nak
belasah mkayu kat final.....tahniah everton...
tapi kat final chelsea tak bagi muka punya...
tunggu di final nanti.........

April 17, 2009

sopranos

aku sekarang nie malam2 kat umah
tengah layan dvd cite sopranos...
semalam baru abis season 1...
sopranos...nie cite tentang kehidupan
mafia di new jersy... cite nie sampai ke season 6...
siri cite nie tak keluar kat malaysia...
mungkin tak sesuai dengan budaya kita....
cerita nie boleh dikategorikan sebagai
18 PL..... walaupun cerita mengenai kehidupan
mafia...namun banyak elamen2 kekeluargaan
yang ditonjolkan.......kiranya bukan kisah gangster je la
banyak aspek2 lain di tunjukkan.....
nak mengomen citer nie lebih2 tak leh sebab baru
habis tengok season 1......
sesiapa yang dah abis tgk cite nie leh la kongsi sama2
sbb season 6 kat us...tamat, masa 2007....
p/s...layan citer nie best....komedi, drama, suspen
serius part...semuanya ada la....heheehe

April 16, 2009

berbudi pada tanah

cerpen aku dah tulis dulu...
saje ulang balik....tak de idea petang2 nie....
Berbudi kepada Tanah Dua puluh satu, kata abu, karim terpinga pinga… dibenaknya tajam mengatakan abu telah mempermainkanya. Manakan tidak..dia telah hampir menang tadi. 250 ringgit wang diatas meja telah menjadi milik abu. “aku mesti mencuba lagi kata karim didalam hatinya. Osman dan ijam masing masing telah meletakkan wang pertaruhan baru di atas meja. Abu berkata kepada karim…kalau setakat nak termenung baik tak payah duduk, meja ini banyak orang lain lagi nak main..celupar sungguh mulut abu memperli karim. Hampir rm 1000 karim telah tewas pada malam itu.. didalam poketnya hanya tinggal rm 135 sahaja. Dengan hati yang berat karim terus meletakkan rm 50 untuk meneruskan permainan yang baru. Malam terus berlalu dinihari semakin tiba…bangsal buruk masih tetap meriah. Karim malam itu telah kalah teruk… tempatnya telah pun digantikan dengan zam dan padil. Dia masih termenung mengenangkan kekalahannya. Tiba tiba abu bersuara “kawan kawan subuh dah nak tiba ni..nanti jalan sini akan sibuk orang akan masuk ke kebun.. lebih baik kita semua pulang..Abu pada malam itu sungguh betuah..hampir rm3000 berjaya dia menang..hatinya berbunga bunga.. semua orang didalam bangsal buruk itu setuju dan telah bergerak pulang kerumah.masing masing. Karim tiba kerumahnya hampir pukul 6.30 pagi.. ah malas betul nak ke kebun bentak hatinya.. maklum la semalaman dia tidak tidur.namun dia gagahkan juga untuk bersiap.. Emaknya telah menyediakan sarapan pagi… kamu kemana malam tadi karim? Tanya emaknya… tak kemana emak lepak2 kat umah ijam sahaja..bohong karim.. karim terus bangun dan bergerak menuju kekebun. Banyak ke kamu kalah malam tadi? Tanya ijam… ishhh kamu nie ijam agak agak la kalau nak tanya soalan, kita sekarang kat kedai pak manaf ni. Aku kalah hampir rm 1000 malam tadi bisik karim ke ijam. Masing masing termenung mengenakan kerugian malam tadi. Ijam kalah hampir rm 2000….padil tiba digerai pak manaf dan terus duduk dimeja ijam dan karim. Geng malam nie nak repeat ke kata padil.. aku tak de duit nie padil tak boleh la kata karim.. ala baru kalah sikit dah tak nak main tempelak karim. Kamu ni padil orang dah cakap tak de duit takkan tak paham sampuk ijam. Mereka bertiga terus melepak dan berbual kosong di kedai pak manaf. Aku balik dulu la ijam, padil kata karim. Ala karim baru pukul 6.30 petang takkan dah nak balik...? aku nie tak mandi lagi karang dah nak malam, jawab karim. Ya la padil malam karang nak lepak lagi sambung ijam. Mereka bertiga pun pulang kerumah masing-masing. Begitu la rutin hidup karim dikampung hanya membuang masa dgn melakukan aktiviti aktiviti yang tidak sihat. Karim sebenarnya seorang pemuda yang baik, menghormati orang tua dan sopan santun. Namun sebagai remaja karim tidak terlepas melakukan aktiviti aktiviti yang tidak sihat. Dia berkawan dengan budak budak kampung yang tidak mempunyai rancangan masa depan untuk memperbaiki dirinya. Namun begitu, karim mempunyai satu sikap yang boleh memajukan dirinya,, iaitu sikap rajin bekerja. Karim hanya tamat tingakatan 5 sahaja dia tidak menyambung pelajaran kerana sudah tidak minat untuk belajar dan hanya ingin bekerja.. dengan kata lain dia tidak mahu menyusahkan kedua orang tuanya. Sebagai remaja yang lingkungan umur awal 20 an karim sudah semestinya mempunyai kekasih hati. Mila.. anak pak kasim di kampung sebelah adalah teman istimewa karim. Hampir setahun setengah mereka berkawan. Umur mila baru 19 tahun sahaja. Begitulah ringkasan hidup karim anak pak seman dikampung pinang. Malam itu lebih kurang pukul 10 malam di port lepak dikampungnya karim mengutarakan satu isu yang sangat menarik perhatian kawan kawannya. ‘sampai bila kita nak hidup macam ini’ abu menyampuk.. apa masalahnya hidup macam ini karim aku tengok tak de problem pun.. entah karim sampuk padil. Macam nie, kata karim kita semua ni hanya pandai membuang masa dan tak de melakukan perkara yang boleh menjamin masa depan… berapa la sangat kita dapat dengan kebun sekangkang kera tu,… kata orang putih no hope.. ala karim biasa la hidup kat kampung memang la macam nie kata ijam. Abu menyampuk…kita tak kacau orang pun tak buat perkara perkara yang menyusahkan orang kampung.. betul tue karim sampuk padil pula. Karim ko ada idea apa apa ke ..tanya ijam. Entahlah kawan kawan aku rasa macam tak betul je hidup kita semua nie..keluh karim. Ala karim jangan la pening pening kepala dengan benda benda yang tak pasti , kita semua kan muda lagi…kata abu. Karim bertanya pada abu ..abu sekarang nie umur hang dah berapa.. aku 24 tahun, ala geng muda lagi la sambil abu tersengih sengih. Aku dengan ijam 22 tahun engkau padil 25 kan tanya karim. Ya karim…kenapa lak? soal padil balik. Kawan kawan kita semua nie bukanya budak budak lagi.. umur semua dah nak sampai tahap dewasa.dah nie,. Tiba tiba ijam dengan tersengih sengih berkata engkau ni karim mila anak pak kasim suruh masuk meminang ke? Ha ha ha ha suasana menjadi riuh rendah dengan soalan ijam pada karim. Ala ijam maksud aku bukan pasal kawin je.. tapi ya la pasal rancangan masa depan kita semua la. Dah karim itu nanti nanti kita bincang lak kata padil. Abu malam nie apa projek kita lak tanya ijam? Apa lagi ….buka kitab la jawab abu. Ala abu, aku tak de modal la jawab karim, ijam menyampuk, malam nie kita semua lepak saja la…geng aku pun tak de modal gak nie. Kalau cam tue kita lepak je la…kata abu. Jam hampir menunjukkan pukul satu pagi… geng aku balik dulu la kata karim… tunggu ..kata ijam aku pun nak balik gak. Di atas katil karim gagal melalapkan matanya. Dibenaknya masih tertanya tanya apa yang boleh dia lakukan untuk mengubah nasibnya. Entah pukul berapa barulah di terlelap. Selesai kerja pada sebelah pagi, karim pada waktu tengah hari ingin ke kampung jeram untuk berjumpa dengan mila. Masih terngiang ngiang suara mila menyuruh dia untuk berjumpa..’abang ada perkara penting nie nak cakap..datang la tengah hari nie kat rumah’ gesa mila. Karim pun tidak begitu pasti apa yang penting sangat sampai mila menyuruh dia datang kerumahnya. Abang , mila dapat keje kat kuala Lumpur.. minggu depan dah kena pegi kat sana kata mila. Keje apa yang kamu dapat mila tanya karim. Orang dapat kerja kerajaan di putrajaya jawab mila. Bagus la mila , elok jugak kamu dapat kerja kat sana terjamin masa depan kamu kata karim. Namun didalam hatinya karim merasakan sangat sedih kerana berpisah dengan buah hatinya. Abang tak marah ke kalau mila pergi tanya mila. Ala mila kamu pergi nak bekerja bukanya nak buat perkara yang bukan bukan, peluang macam ni bukan semua orang boleh dapat, abang sentiasa menyokong mila jika perkara itu baik untuk hidup mila jelas karim. Nanti kalau mila rindu kat abang kita sms la atau call kata karim. Insyallah, mila pun harap abang pun sama juga nanti jangan lupakan mila. Mila abang lapar ni tak de ke kuih muih ke bihun ke…gurau karim. Mila pun bangun menuju ke dapur …karim memandang dengan mata yang sayu…ah kalau kat sana mila akan berjumpa dengan lebih ramai orang yang lebih baik darinya bentak hatinya. Di dalam fikiranya dia sudah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan di masa akan datang. Hampir dua minggu mila telah pergi meninggalkan kampungnya untuk ke kuala Lumpur. Karim tetap macam biasa …tiada perubahan apa apa pun. Di kedai pak manaf ijam, karim dan zul sedang minum petang sambil berbual bual kosong. Ijam ada idea apa apa tak? Idea apa tanya ijam balik? Karim engkau dah mula balik la tu perli zul. Aku serius nie ijam zul…sampai bila kita nak macam ini. Karim apa yang kita boleh buat kat kampung kita ni tanya zul ? haa aku tahu jawab ijam..apa dia tanya karim .. kita buat bodo je la…sambil ijam tersengih sengih. Engkau ni ijam potong betul la kata karim. Malam ni nak turun ke tak kat port kita tanya ijam. Boleh jugak jawab zul dengan karim serentak. Sebenarnya karim memang ada idea untuk dikongsi dengan kawan kawanya. Namun di hatinya masih berat untuk mengutarakanya kerana kawan kawannya masih tidak serius dengan perkara yang dia bangkitkanya. Karim melihat banyak tanah kosong dikampung yang masih tidak diusahakan…pada hematnya adalah amat merugikan jika tanah yang terbiar tidak digunakan dengan sebaik baiknya. Hari ini hari sabtu baik aku ajak ijam pergi ke Bandar boleh jalan jalan sambil menyuci mata fikir karim. Ijam, nak keluar ke tak hari ni? Tanya karim. Boleh jugak dah lama kita tak jalan jalan keluar dari kampung ni, jawab ijam. kita tengok wayang nak tak…? Aku on je la jawab ijam. Di Bandar, selepas menonton karim berjalan jalan sekitar shopping complex berdekatan. Agro bank ….bank apa tu? tanya karim pada ijam. Ohhh itu bank pertanian baru tukar nama , kenapa karim soal ijam. Tak de la, tadi masa kita jalan jalan tadi aku terjumpa browser pasal pinjaman untuk memulakan projek pertanian. Aku rasa macam berminat la ijam ungkap karim. Heheheheh engkau ni karim betul betul la..jangan nak main main lak, takkan engkau nak buat hutang pulak soal ijam. Aku betul betul serius la ijam, engkau nak join tak? Aku tak tau la karim, aku bukan rajin macam engkau. Macam ini la baik kita pergi kat agro bank tu kita tanya apa syarat syaratnya. Malam itu diport biasa karim menceritakan hasil perjumpaan dia dengan encik azizi pegawai pinjaman di agro bank. Apa syarat syaratnya karim tanya abu. Mengikut kata encik azizi pinjaman maksimun boleh di buat sampai rm100000 tapi syaratnya berat sikit la. Kita kena letak cagaran. Tapi kalau kita pinjam bawah rm 50000 cukup dengan hanya mencari penjamin sahaja. Aku rasa syarat nie tak berat sangat. Macam mana kawan kawan berminat ke tak? Sebelum berminat ke tidak aku nak tanya engkau dulu karim..hang nak buat projek apa sebenarnya. Projek tanaman buah naga…jawab karim, kawasan kampung kita ni sesuai la aku tengok. Karim kawasan mana yang hang nak guna? Soal abu lagi. Tanah dipinggir kampung kan masih kosong lebih kurang 10 ekar tu. Tanah kat situ 3 ekar memang kepunyaan keluarga aku jelas karim. Habis bakinya yang 7 ekar lagi tanah sapa? soal ijam. Itu aku tak tau..tapi kalau korang semua serius kita boleh tanya ketua kampung kita. Cadangan engkau ni karim memang baik, tapi aku tak dapat nak join la kata abu. Kenapa? Tanya karim. Aku sebenarnya hujung bulan ni akan pergi ke pulau pinang …mungkin akan bekerja disana..sepupu aku sebenarnya dah lama mengajak aku bekerja dengannya. Kawan kawan macam mana soal karim? Semuanya hanya terdiam dan masing masing terkial kial untuk memberi jawapan. Alang alang sudah becerita lebih baik aku mulakan kata karim didalam hatinya. Karim memulakan projek untuk tanaman buah naganya dengan memodalkan rm 50 ribu yang dipinjam dari agro bank. Mujurlah bapak saudaranya yang bekerja dikuala Lumpur sudi untuk menjadi penjaminnya. Engkau bila nak buat sesuatu tu biar la besungguh sungguh jangan hanya hangat hangat tahi ayam saje pesan pakciknya. Karim memohon dari jkkk kampungnya untuk memohan menggunakkan tanah disempadan tanahnya untuk memulakan projek buah naganya itu. Ketua kampungnya tiada masalah untuk membenarkan karim menggunakan tanah yang terbiar itu dengan syarat membayar sewa dengan kadar yang berpatutan. Karim amat bersyukur kerana projeknya berjalan dengan lancar tanpa halangan yang besar. Hampir setahun karim mengusahakan ladang buah naganya, hasil pertama yang karim dapat digunakannya untuk membayar hutang di Agro Bank. Karim begitu berhati hati dalam pengurusan wang supaya tidak menimbulkan masalah dimasa hadapan. Segala perancangan Karim untuk memajukan lagi projek tanaman buah naga setakat ini berjalan dengan baik dan lancar… kata karim dalam hati inilah baiknya jika berbudi kepada tanah. Kawan kawan Karim yang lain hanya melihat kesungguhan karim tanpa mahu mencotohinya …abu, ijam dan padil sedang melepak di kedai Pak Manaf..lama Karim tak lepak sama sama ngan kita la Ijam…ungkap Padil…ya la jawab Ijam.. tapi diakan sibuk sekarang nie..celah Abu…kawan kawan kita pun patut berubah macam Karim sambung Ijam….lihat la kebun buah naga Karim sekarang sudah membuahkan hasil…padahal baru setahun projek tu….. Karim bukanya tidak mahu lepak dengan kawan kawanya tapi sekarang masanya amat terbatas…dia hanya boleh lepak bila betul ada masa lapang sahaja…aktiviti malam sudah lama karim tinggalkan…bagi karim cukup la dahulu dia banyak membuang masa..sekarang masanya untuk memikirkan masa depan, kata karim didalam hatinya… Kini sudah hampir 3 tahun setengah karim mengusahakan ladangnya…ladang buah naganya sudah terkenal di daerahnya…banyak permintaan diterimanya dan karim amat bersyukur.. pada tahun ke 2 karim telah membeli 4 ekar lagi tanah dari pak Abu…tujuan Karim membeli tanah itu adalah untuk menambah lagi keluasan tanamanya dan membuat tapak untuk rumahnya… kini karim boleh berbangga kerana sudah mempunyai rumahnya sendiri. Bukanya dia tidak suka tinggal di rumah orang tuanya…tapi dia merasakan sudah sampai masanya dia berdikari dan menguruskan hidup sendiri… Kahwin…fikir karim….memang sudah sampai masanya.. namun dia nak kahwin dengan siapa… 2 bulan lepas dia baru dapat tahu buah hatinya Mila telah bertunang dengan orang Kuala Lumpur…dia tidak salahkan mila, kerana mungkin sudah suratan dia tiada jodoh dengan Mila. Ahhhh nanti dulu la kata hati Karim…. Karim telah menerima satu surat yang bertulis Urusan Rasmi Kerajaan Malaysia…didalam hatinya berkata ahhh surat apa nie…rupa rupanya usaha karim mengusahakan ladang buah naga telah mendapat perhatian pihak kerjaan negerinya. Pada hari peladang nanti karim telah dijemput untuk menerima anugerah tani muda peringkat negeri. Karim amat berbangga kerana usahanya telah dijadikan contoh untuk para belia yang lain. Berbudi kepada tanah itulah kata kata karim semasa ditemubual oleh majalah pertanian terkenal negara tentang anugerah tani muda yang diterimanya. Masa muda hendaklah digunakan sebaik baiknya….

semifinal

semalam sudah tamatlah teka teki
team mana yang layak masuk ke semifinal
champions league..........
1. Chelsea
2.Barcelona
3. Mkayu
4. Arsenal
dari senarai team yang yang tinggal...
jelas kelab dari EPL menguasai pentas
eropah....... 3 dari team yang layak
datang dari england dan hanya satu
dari spain......
untuk menjadi juara.....keempat- empat
team ini mestilah mempunyai ramuan yang
tertentu dan istimewa untuk menjadi juara......
sebab liga ini begitu mencabar.....dan kebanyakkan
pemain pemain terbaik dunia bermain didalam liga ini....
so selamat berjaya semua....
p/s...team pilihan CHELSEA ...hehehehe

April 15, 2009

bohsia

filem terbaru keluaran skop production
arahan, anak muda syamsul.........
tajuknya BOHSIA......
ya la aku pun tak tengok lagi cite nie
sebab filem ni akan menemui penonton pada
26/4/09.....so nak komen lebih2 pun tak leh la....
sbb tak tengok lagi......
cuma yang menjadi isunya....tajuk movie nie
BOHSIA.....hmmmm budak2 sekarang tak guna
dah perkataan nie.....perkataan nie popular pada
pertengahaan dekad 1990an dulu....
la nie dah masuk 2009.....orang sekarang dah tak guna dah...
tak tau la...mungkin pengarah muda cite nie terlepas
pandang..........
mungkin syamsul.....nak lari dari citer rempit....
sebab kalau bohsia nie tidak dapat dipisahkan dengan
rempit....
apa2 pun selamat berjaya.......
aku....mungkin tunggu dan lihat dulu....
sebelum nak pegi menonton....
maknanya...kalau ada org kata best
aku pegi la tengok............... kalau tak
best....tak tengok la...............

chelsea ku...

(3-1) + (4-4) = 2-0(7-5) = champions
heheheh kesimpulanya chelsea
yang lebih layak untuk ke semifinal....
lawan chelsea nanti adalah musuh lama.....
ada hutang yang tak selesai lagi.....
barca.........ko tunggu la amukkan
chelsea nanti.................
tahniah kepada semua.............
pastikan tahun ini...........
kita menjadi juara....................

April 14, 2009

akta komunikasi & multimedia

menteri penerangan yang baru
ingin mengadakan seminar kepada
blogger2 bahawa semua yang
mereka tulis adalah termaktub
didalam akta komunikasi dan multimedia
maknanya setiap tulisan mestilah
ditanggungjawabkan kepada penulis
dan mesti mematuhi had undang2
yang telah termaktub........
so para blogger semua .....
mestilah menulis dengan rasa Bold
penuh tanggungjawab.....dan
saksama.............
ambil tag line bernama
sebenar & semasa.....
p/s jangan tulis bukan2 nanti kena tangkap

April 13, 2009

bayangan

bayangan.........
merupakan satu imbasan kepada sesuatu
benda, perkara, perangai, dan lain2 lagi...
bayangan mungkin juga satu reaksi kepada
sesuatu perkara yg berkenaan.........
mengapa bayangan ini penting?
sukar untuk menentukan bayangan ini
penting atau tidak....semuanya bergantung
kepada cara dan tujuan ataupun halatuju
penafsiran bayangan itu................
apakah bayangan ini relevan...?
semuanya masih samar sebab jawapannya
tetap sama bergantung kepada situasi.....
pernah tak kita berada didalam bayangan
yang tidak pasti..........ahhhhhhhhh bayangan itu
sendiri mmg sudah tidak pasti lagi....
ok la..........fikir sendiri la bayangan ini
perlu atau tidak.........
p/s kadang2 bayangan nie ok juga

April 10, 2009

teknologi hijau

malam tadi lepas balik keje....
pegi dengar ceramah.....
bukan ceramah agama....tapi ceramah
politik.......
layan je...........nak dengar other side.....
dlm banyak2 benda yg dia ceramah tue... aku tertarik dengan kementerian yg baru yg diumumkan oleh PM kita......... penceramah ini, mengulas isu ttg sebuah kementerian yg ditukar namanya kepada,. kementerian tenaga, teknologi hijau dan air aku sendiri tertanya tanya teknologi hijau....ini adakah ianya berkaitan dengan sumber tenaga selain minyak? entahla...masih samar2 lagi.............. diharap menteri yang dilantik dalam kementerian ini cepat2 la buat hebahan atau penerangan kepada rakyat tentang teknologi hijau ini? rakan2 blogger yang bijaksana...kalau ada info mai habaq mai la kat kita.....hehehehe p/s...aku dah ingat lain pasal teknologi hijau nie hehehehe

April 9, 2009

Chelsea vs liverpool

Kemenangan dipihak chelsea dgn keputusan 3-1. He he he aku sgt bangga hari ini.

April 8, 2009

dua satu..........

semua orang dah tau....
keputusan rasminya
2- 1
tahniah kepada mereka mereka
yang menang..........
ingat tanggungjawab anda sebagai
wakil dikawasan yang telah anda menangi...
kepada pihak yang kalah yang sudah sudah la....
fokus kepada masalah ekonomi sekarang.........
suasana perjalanan pilihanraya negara kita
boleh dikatakan aman....ada insiden2 kecil
boleh la kita dimaafkan....tapi semua
orang kena berdisplin....selepas nie...
p/s..semalam ada rusuhan...tapi bukan pasal
politik, tapi pasal bola sepak....

April 7, 2009

sempurna

tiada seorang pun manusia yang sempurna
banyak kelemahan kelemahan yang wujud
dalam setiap insan...selagi bernama manusia
itulah hukum alam........manusia sentiasa akan
terkhilaf dalam sesuatu perkara.............
aku hanya manusia biasa.........
kita setiap masa akan melakukan kesilapan
sebagai manusia kita hendaklah berusaha untuk
mengurangkan kesilapan dari berlaku.........
soalnya bagaimana?
ilmu.............dengan ilmu manusia mungkin
dapat menghindari dari melakukan kesilapan
so kita kena menuntut ilmu.............
rendah diri........sikap yang baik.... dan dapat
membantu kita dalam mengurangkan kesilapan,
bagaimana........dengan mengaku kesilapan dan
berusaha untuk tidak mengulanginya lagi...
doa...kita manusia biasa..........ada kuasa yg lebih utama
dalam mengawal kehidupan kita....doa kepada Allah adalah
senjata yang tidak memerlukan tenaga dan material...........
teringat satu lagu tapi tak tau tajuk apa
kau sempurna buat ku? hehehehe macam bohong je...
safkan saya barisan yang ampuh dan padu.....? boleh dapat ke?
mimpi yang sempurna (ini baru betul...)

April 6, 2009

yuna...best la jugak

Oh bulan
enggan melayan diriku lagi
pabila
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila
kau bersama yg lain
(korus)
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu
itukau juga merindui aku
ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
mula menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain
(ulang korus)
pabila kau merenung matanya
ku rebah
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku…Oh..
Lirik::: LaNa

April 3, 2009

PM baru

hari ini kita akan mendapat perdana menteri yang baru
tahniah diucapkan kepada dato seri najib tun razak
yang akan dilantik menjadi perdana menteri Malaysia yg
ke 6........selamat maju jaya semoga tuan akan membawa
malaysia ke arah yang lebih baik.....
ya Malaysia Boleh

April 2, 2009

gelap malam

kempen pilihanraya sudah masuk hari ke 5
Allahammdullilah tiada kes2 yang luar biasa
dalam masa kempen nie..........
kiranya kematangan berpolitik dikalangan rakyat Malaysia
boleh la dikatakan tinggi la jugak.....tahniah
PANTUN
bukit gantang bukit selambau
jangan dilupa batang ai disini
kepada siapa hendak di imbau
permasalahan rakyat yg terkini
calon calon bijak belaka
semuanya sedia berkhidmat setia
jangan dilupa kehendak rakyat jelata
mereka semua tidak mengharap jasa
jasa dituai dengan jaya
dituai dengan kerjasama
jangan kita semua lupa
kepada tuhan yang esa
selamat bertanding semua

April 1, 2009

bergambar ngan artis

aku ngan housemate aku dapat bergambar ngan artis...
diorang wat pengambaraan kat area umah...
pic nie di snap kul 2 pagi, hari minggu lepas.....
diorang wat telefilem....tajuk tak tanya lak aku....
tapi drama nie terbitan astro
liz af nie alahai keciknya......heheheeh
aku ada tanya diorang mana baizura kahar
diaorang cakap...baizura dah lama tak berlakon
sedih tul la................
main actor cite nie syamsul ngan liz af