January 29, 2009

sajak gigi

32 bersaudara
saling memerlukan
mengapa?
lumrah hidup saling bergantungan
sakit, pedih, ngilu, pedu
semuanya ada
begitu variasi
mengapa begitu?
kita memerlukanya
haiwan memerlukanya
tumbuhan? ada juga
sebahagian hidup barangkali
cabut satu...kurang satu
sakit satu...merana semua
hendak dijaga selalu
hmm penting untuk semua
ahhhhh sakitnya
aduh...........sakit gigi aku

masalah dunia

berita semalam, melaporkan hampir 10 ribu pekerja
telah diberhentikan sejak awal januari 2009
hingga sekarang.......
satu angka yang besar, sebabnya bulan febuari pun
kita tak masuk lagi....situasi ini amat membimbangkan...
bimbang? aku la bimbang...mana tak bimbangnya kalau
tiba2 hari ini ada keje esok tak de keje...
pening jugak kepala nie...
tapi nasib baik tak kena lagi...(kalau kena dammmmmmmmm)
masalah akan timbul satu persatu jika pola
pemberhentian pekerja nie berterusan pada tahun ini.
kadar jenayah akan meningkat.... masalah keselamatan
kadar pengangguran bertambah ditambah dengan
keluarnya graduan graduan ke pasaran kerja.....
SME akan jatuh...kerana kurangnya permintaan...
banyak la masalah macam ni.....
sekarang aku tgk banyak org nak berniaga...
tapi kalau semuanya berniaga siapa nak beli?
timbul lak masalah lain..pinjaman tak berbayar
bila bussines tak jalan.....along tumbuh cam cendawan'
lepas hujan....masalah lain lak...timbul...
ekonomi sekarang semuanya bersangkut paut...
inilah kesannya globalisasi.......nak tak nak
kena juga la harunginya.....
kena siap sedia je la........kalau ada duit lebih
elok la simpan2.........
p/s camne nak kawin kalau duit pun tak de
hehehehehe

January 28, 2009

politik....

orang kata kat negeri aku sekarang nie
berlaku tsunami politik gelombang kedua...
angin tak de ribut tak de...tiba2 Adun Bota...
datuk nasaruddin lompat masuk Pakatan Rakyat....
dewan undangn negeri perak mempunyai 59 kerusi...
pakatan menguasai 31 kerusi dan barisan 28.....
dengan lompatnya adun bota kerusi pr bertambah
menjadi 32 dan barisan menjadi 27....
khabar khabar angin bertiup kencang yang mengatakan
ada lagi adun2 dari barisan akan melompat....
salah sorang nama yang disebut adalah adun dikawasan aku...
aku, secara peribadi tak kenal sangat adun ditempat aku...
masa election march 2008....adun barisan ini telah menewaskan
calon dari pakatan dengan hanya seribu lebih sahaja majoriti....
kata orang hebat jugak pertarungan itu...sbb sebelum ini
kawasan aku selalunya barisan menang majoriti mesti 5 ribu keatas...
situasi lompat melompat ini, menyebabkan keadaan politik yg tenang
selepas pilihanraya kecil P036.....menjadi hangat kembali....
perang saraf telah bermula....pakar pakar strategi semuanya
sedang mengatur dan merancang supaya..pihak mereka mendapat
kemenangan...dari situasi ini....
waima...apa apa pun tujuan sesebuah parti politik yang menawarkan
perkhidmatan....rakyatlah yang patut mendapat manfaatnya....
janganlah hanya memberi khidmat kepada ahli parti mereka sahaja...
sebab bukan semua pengundi menjadi ahli dalam parti politik...
contohnya aku...sampai sekarang aku tak menjadi ahli mana2 parti politik
sebab...aku tak nak terikat...aku hanya menilai calon yang bertanding
dikawasan aku...dengan melihat prestasi dan apa yang ingin mereka buat
untuk kawasan yang mereka tandingi....
isu lompat ini...hmmm tepuk dada tanya selera...
yang penting jgn menghukum penduduk disesebuah
kawasan itu dengan hanya perbuatan wakil mereka.......
kadang2 seronok jugak tengok sepak terajang orang2 politik ini...
startegi...memang penting...kena berilmu baru boleh masuk
kedalam bidang ini...pada pendapat aku...org lain aku tak tau...

atas bukit

kalau lepak kat tempat tinggi memang sempoi
dapat tengok view yang cantik....
kalau kat kl nie...ada beberapa tempat...
tapi aku sendiri tak penah pegi....
cuti raya cina..aku pegi lepak kat umah
budak2 kg aku yg tak balik....
kawan aku cakap....jom la pegi lepak2,
lepak? kat mana...
taman permai...cheras...kwn aku ckp sempoi..
jam kul 12 mlm kami gerak...pegi cheras...
sampai kat atas uiiii ramai jugak orang kat atas nie
not bad...mmg nice view....
angin malam...atas bukit mmg best la...
aku saja gatai tanya kwn aku...selalu ke hang naik kat sini
heheheh dgn sengih2 dia ckp..selalu gak..
aku kata la...nie naik mesti dengan cinta...
kalau naik saja2 nak tgk view....hang nie tak maunya
kawan aku ckp kat area kl nie ada beberapa
bukit lagi...yg cantik viewnya....
nanti kalau ada peluang aku tak pegi naik
p/s...handset aku mlm2 tak leh snap pic la...
tak clear...kalau tak leh tunjuk view
cantiknya

January 25, 2009

house

rancangan tv yang paling best kat chanel AXN....house.......
aku kalau tgk cite nie..mmg teruja sgt...bukan pasal
istilah medic tue...tapi karektor dr house tue...mmg gempak la
dia sanggup mempertahankan pesakit dia
walaupun terpaksa melanggar peraturan...
kata orang berani kerana benar.....
tak sabar nak tunggu season baru cite nie...
harap2 ada lagi la...kalau tidak malam isnin
terasa hambar jika tidak menonton citer nie
cerita2 poyo cam csi....dah jadi hambar...
mula2 dulu je ok....
korang suka tgk cite apa?

January 23, 2009

cuti

hari nie..last keje before cuti tahun baru cina..
4 hari...boring la..sbb tak leh nak balik kg...
4 hari lepak kat sini.....tak sempat nak rancang
apa apa program la...... mkn tido je la....
bosan camnie......
selamat bercuti...semua...

January 22, 2009

Kickapoo

kickapoo....aku masa kecik2 dulu suka minum air jenis nie
tapi sekarang susah betul nak jumpa...
nie baru dapat...ada orang bagi sbb gong xi fat chai
seingat aku , minuman nie dulu dijual dlm botal kecik.(kaca)....
tapi skrg nie ada lak jual dlm tin...rasa macam tak best la pulak..
kadang kadang....rasa macam tertanya tanya...
ada tak minuman ke makanan ke yang dulu2 ada jual
tapi sekarang dah tak jual.....
rasa macam nak cari balik je...benda lama2 nie
so..aku skrg nak minum kickapoo nie...
chow.....
p/s.. sapa ingat benda2 lama2 tue inform la

imam

aku lepas abis keje.....terus je pegi cheras nak tgk bola...
tapi awal lagi...pegi singgah kat food court downtown
apa lagi makan la.....
kat situ ada la surau...elokla..maghrib pun dah masuk
lepas ambil wuduq...masuk dalam surau...diorang suruh aku jadi
imam...ishhh aku tak berani la...
aku cakap la..tak leh la bang...sambil tersenyum....
nasib ada bro yang sorang lagi sanggup...
jadi leh la jemaah kat situ...
isunya sekarang..sampai sekarang aku tak berani
lagi nak jadi imam...kalau jemaahnya org yg
aku tak kenal...tapi kalau kat opis boleh je...
level of confident tak de....
kenapa macam tue? aku pun tak tau la....
kena dalamkan lagi ilmu nie...
ilmu confidentkan diri.....
petua? sape ada...
dah banyak kali kena macam nie
malu la.................

January 21, 2009

sayang

sayang.....walaupun ko tewas.... tapi tak pe la...aku sgt memahami mu mengapa terjadi? ahhh mereka hanya pandai mengkirtik sahaja..biarkan mereka.... teruskan usahamu..... selagi terdaya aku akan sentiasa menyokong mu....biarpun semua orang membenci mu...... kita tewas 5-0 dengan UAE....... tak pe la...leh usaha lagi

malaysia

hari ini pasukan bola sepak negara akan
menentang UAE dlm perlawanan kelayakan
piala asia 2011 di stadium cheras kuala lumpur
aku harap ..pasukan malaysia akan dpt
memberi tentangan yang sengit kepada
pasukan timur tengah ini....
janganla kita dimalukan dengan teruk
ditempat sendiri....kata orang
kalau kalah biar kalah yang bermaruah
ini harapan.....
untuk menunjukkan sokongan
kepada pasukan negara ....
aku rasa...kalau tak de hal petang nie
bolehlah ke stadium cheras...
majulah sukan untuk negara...

tahniah

hari ini datang keje lewat sikit...
macam mana tak lewat..tgk tv semalam
sampai kul 3 pagi...
semalam kat astro awani ngan rtm ada
menyiarkan secara langsung upacara
angkat sumpah mr president usa yang baru...
mr obama...
aku pasal mr obama nie tak nak la komen
apa2 sebab dia masih tak teruji dengan
pemerintahan yang super mencabar ini...
cuma tetarik dengan ucapan pembukaan dia
berkaitan dengan hubungan dengan dunia islam
selepas zaman bush..selepas 9/11 semuanya
tak kena dgn hubungan islam ngan barat...
sekurang-kurangnya mr obama ada
menyebutnya hubungan yang matang dengan
dunia islam.
harap harap lepas ini tak de la gaya cowboy dah...
sekali lagi tahniah mr president ....

January 20, 2009

teka teki

pada zaman dahulu, ada sebuah kerajaan di negeri tengah angin...
raja yang memerintah amat adil dan saksama....
raja negeri itu telah dikurniakan 2 putera kembar...raja sangat gembira...
dengan kehadiran putera2 nya...
24 tahun sudah berlalu... raja negeri tengah angin pun sudah tua dan
sering gering.... baginda mula memikirkan untuk melantik salah seorang
putera baginda untuk menjadi raja negeri ini kelak....
masalahnya...kedua dua putera baginda masing2 berminat untuk menjadi raja..
raja negeri tengah angin...dalam kebuntuan kerana risau perebutan kuasa
antara kedua dua puteranya akan membawa kehancuran kepada negeri...
baginda merujuk perkara penting ini kepada dato2 menteri... dato bendahara
telah mencadangkan supaya diadakan pertandingan lumba kuda diantara
kedua dua putera baginda...mesyuarat telah bersetuju dengan cadangan
tersebut...
kedua dua putera tersebut masing2 membuat persiapan untuk perlumbaan
yang bakal menentukan kedudukan mereka kelak... putera A telah memesan kuda
dari arab...terkenal dengan kelajuanya.. putera B juga memesan kuda dari portugal
juga terkenal dengan kelajuanya....
tiba pada hari pertandingan..raja negeri tengah angin telah mengumumkan
satu syarat pertandingan yang amat luar biasa...sehingga kedua dua putera baginda
terpinga pinga dan merasa kecewa....
raja negeri tengah angin bertitah...kuda siapa yang kalah dlm pertandingan ini
maka dialah yang akan menaiki tahta......
soalanya....bagaimana kedua dua putera ini dpt menjadi raja..dengan syarat yg begini..
perlumbaanya mesti diteruskan...rakyat jelata semua sudah berkumpul..ingin melihat
raja baru meraka....
cuba la selesaikan masalah kedua dua putera raja ini...
kerana mereka masih digarisan permulaan tanpa memulakan
pertandingan.....
p/s gambar tak de kena mengena dengan teka teki ini......

Test

test hantar pic guna handset
tak payah upload kat pc...

January 19, 2009

berlari

BERLARI Kabur dan gelap mereka berlari lari Indah malam dicemburui Gagah matahari menyinari Aku pasti berlari Wujud mentari sekian lama Tidak jemu jemu menabur jasa Bulan ibarat cermin rata Aku tidak mampu berlari Usah digali galur gelisah Merana jiwa menjadi resah Meragut hati mengeluh kesah Jangan berlari tanpa arah Mengapa dicari bahana api Mengapa dirempuh bahana air Mengapa diharung badai angin Berlari aku tidak sama sekali Disini kita boleh berlari Di dalam tak mungkin kita boleh lari Disana mungkin tidak kita lari lagi Amalan diri jadi pendinding sejati
p/s gambar di atas tak kena mengena ngan sajak ini.....
saje je letak....

nasi lemak

nasi lemak...dipahamkan hanya terdapat dialam melayu sahaja
sesuai untuk dimakan diwaktu pagi dan malam..
basic nasib lemak...sambal ikan bilis timun dan telur shaja...
tapi sekrang lauk pauk nya dah pelbagai....
harga..berpatutan....
aku pagi pagi mesti kena nasi lemak...
tak tau la kenapa.....
kat tempat keje nie...nasi lemak tuu dia pak tam je
yang aku belasah...
kat kl nie macam2 tempat aku dah try nasi lemak...
kat kg baru dah....biasa je...
kalau kat ampang tue..mlm2 sebelah ampang point
biasa je....
tepi jalan pagi2..kat depan bangunan mmc sebelah crown plaz
sedap sikit....
batu 9 cheras sebelum kg melaka..pagi2 sahaja... itu sedap
dah lama tak try...
tanya kawan aku semua diorang cakap kat tempat diorang
punya nasi lemak lagi sedap....
aku kalau, org kata ada nasi lemak sedap aku mesti nak try...
(area kl )...rasanya banyak tempat aku dah try dah...
tapi sebenarnya aku amat rindu dengan nasi lemak
yang berada diutara malaysia...
sampai sekarang aku masih tak dpt lupakan rasanya.
kat kl nie..tak dapat nak lawan nasi lemak changkat sentol dan
nasi lemak kg darat...di kedah
aku rindu dengan aromanya.............
bila la nak pegi sana balik......
setuju tak dengan kenyataan
NASI LEMAK SEBAGAI MAKANAN MALAYSIA

January 17, 2009

pakatan

prof A........... faktor pengundi muda DR B............. faktor calon Datuk C........ masalah dalaman Prof D............ fear of politic irrelevan know pengacara..... media baru bagi aku, selepas results keluar macam2 la komen kita dengar jika sebelum ini keyakinan begitu tinggi....dipihak yang kalah.. masalah calon? yang terbaik katanya... pengundi muda?....semuanya bersama kita...katanya masalah dalaman...? mana ada, parti lawan ada la... lewat umum calon.....katanya.... media baru...kami dah kehadapan dalam bidang ini sms..blog....semua kami dah ada...katanya.... politik ugutan?..mana ada kami lah membela semua rakyat... tanpa mengira kaum dan fahaman politik...katanya........... habis tue camne leh kalah....? ikut kata juara raja lawak kedua..... ;;;;;;;;; LU PIKIR LA SENDIRI>>>>>>>>>>

January 16, 2009

suram

hari ini hari jumaat....tapi suasana semacam muram sikit...
entahla..cuaca ke...? atau aku je yg rasa malas nak kerje...
hambar..........sangat...
tak de keceriaan..........
mungkin sedih ttg nasib saudara kita disana...
hari hari dihujani peluru....
camne la hidup kat sana?
nak carik makan mesti susah....
manusia....3 keperluan utama mesti ada
tempat tinggal...
makanan......
kesihatan......
tapi kat sana.....
3 perkara nie macam dah tak wujud....
kat sini leh sedih,doa.derma sahaja...
entahla...adat dunia..yang kuat
akan mendominasi yang lemah...
keadilan....sejagat.....
hanya imaginasi penulis2 barat kot?
kita la..yang sepatutnya menjadi kuat
bukan mengharapkan orang lain
berjuang untuk kita.........
sokongan moral penting
tetapi penting lagi sokongan fizikal.......
hari yang suram, muram, hambar......
ya Allah selamatkanla...hamba hamba mu
yang hina ini........................
hanya pada engkau sahaja yang kami pohon...

January 15, 2009

seroja

aku selalu dengar lagu seroja...
tak kira la nyayian jamal ke mawi ke
atau ustaz akhil....(ustaz rock)...hehehe
cuma yg aku pelik...bunga seroja tue camne
tak penah tengok pun...
persoalanya wujudkah? bunga seroja itu di malaysia?
atau hanya sesuatu nama sahaja..imaginasi penulis lirik
lagu tersebut.... bunga rose ada aku penah tengok..
tapi bunga seroja....seingat ingat aku tak penah lagi kot....
so mana seroja nie?

gula merah

aku tiba tiba teringat ngan gula merah...
lunch tadi aku...beli pengat pisang..
sedap tul......campuran gula merah
dia mmg pekat sedap arr...
kalau balik kampung mak aku suka masak
utk sarapan...cucur gula merah...huiiii power
sedap sgt rasanya.....
kat sini, aku tak penah jumpa lagi
pagi pagi orang jual kuih cam tue...
aku penah tanya kat akak2 opis
diorang tau ke cucur gula merah nie
ada setengah tau ada setengah tak...
aku mcm pelik sikit,
adakah cucur gula merah nie
org kampung aku je yg tau...
org tempat lain , rasanya cam tak de je
entah la....
gula merah sering dilupakan jika dibandingkan
ngan gula putih......

January 14, 2009

darah muda

  • DARAH MUDA
Darah muda mudah bergolak
Jangan biarkan dikocak kocak
Ahhh sudah lumrah
Dunia sentiasa bergolak
Pandang masa lampau
Susuri onak dedalu
Muhasabah jika perlu
Corakkan sejarah yang padu
Wujud wadah perjuangan
Usah alpa godaan kesenangan
Dunia ini sarang cubaan
Gentar pasak cabaran
Khilaf silap sasar adalah makanan
Bumi mana tidak dititik hujan
Darah mudah wajibkan teruskan
Sejarah tamadun menjadi rujukan

cinta,kekayaan,kecantikan,kesedihan,kegembiraan

hari nie tak de citer menarik la
tapi aku ada dpt email nie
tak paham sgt ceritanya...
Alkisah di suatu pulau kecil,tinggallah berbagai macam benda-bendaabstrak: ada CINTA, KEKAYAAN,KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya.
Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi.Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu.Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.
CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu.Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan.Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA .Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu." KEKAYAAN ! KEKAYAAN ! Tolong aku!" teriak CINTA .Lalu apa jawab KEKAYAAN ,"Aduh! Maaf, CINTA !" kata KEKAYAAN ."Perahuku telah penuh dengan harta bendaku.Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ni tenggelam.Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini."
Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam.
CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya." KEGEMBIRAAN ! Tolong aku!", teriak CINTA .Namun apa yang terjadi, KEGEMBIRAAN terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tuli tak mendengar teriakan CINTA .
Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik.Tak lama lewatlah KECANTIKAN ." KECANTIKAN ! Bawalah aku bersamamu!", teriak CINTA .Lalu apa jawab KECANTIKAN ,"Wah, CINTA , kamu basah dan kotor.Aku tak bisa membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN .
CINTA sedih sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis terisak-isak.Apa kesalahanku, mengapa semua orang melupakan aku.Saat itu lewatlah KESEDIHAN .Lalu CINTA memelas,"Oh, KESEDIHAN , bawalah aku bersamamu", kata CINTA .Lalu apa kata KESEDIHAN ,"Maaf, CINTA . Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja... ", kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya.
CINTA putus asa.Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatlkan.Lalu ia berdoa kepada Tuhannya, oh tuhan tolonglah aku, apa jadinya dunia tanpa aku, tanpa CINTA? Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara," CINTA ! Mari cepat naik ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua reyot berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya.Lalu Cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.
Kemudian di pulau terdekat,orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi lagi. Pada saat itu barulah CINTA sedar,bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu.
CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu,siapa sebenarnya orang tua itu."Oh, orang tua tadi? Dia adalah " WAKTU ", kata orang itu.Lalu CINTA bertanya"Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku", tanya CINTA heran."Sebab", kata orang itu, "hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu... ... "
"Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu.Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu.... "
moral of story aku pun tak tau la...
poneng kepalo den....

January 13, 2009

Paranormal

Tersnap pic hantu
pic di atas ditangkap oleh handset...
aku dpt pic dari akak kat tempat opis aku
..mula2 aku kata ala pic nie tipu la...
tapi akak tue sungguh sungguh kata
pic tue anak buah dia yg tersnap
guna handset dia......
mula mula mmg tak percaya...
tapi bila dia tanya semua org kat umah dia
ada sapa2 yg pakai baju putih mlm tu semua org cakap tak de
akak tue inform kat aku dia sedar pic nie ada selepas beberapa jam
anak buah dia main handset dia....
anak buah dia age baru 3 tahun je....
aku pun tak tau nak percaya ke tak?
tapi akak tue sungguh sungguh kata betul
dia kata tak de sebab nak tipu...
heheheheheh
aku pun try guna handset aku snap snap
kat merata rata tempat..mlm la
tapi tak penah dpt la
ada sesiapa penah tersnap pic macam nie?
jgn biar hidup anda diselubungi misteri
hehehehehhehe

claim

hari nie seronok sikit...
kerajaan bagi aku duit
heheheheheh
moto buruk aku mati road tax..
so pegi perbaharui la...
aku pun dah lupa yang leh claim 150..
heheheehhe
pak cik koyo....
tengah tengah bulan nie...layan jeeeeeeeeeeeee
gambar lisa tue tak de kena mengena pun
saje gatai letak....
hehehehehheheeh

January 12, 2009

khutbah jumaat(palestine)

PALESTIN MENGAJAK KEMBALI KEPADA KETULENAN ISLAM Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Sekali lagi, umat Islam sedunia dihidangkan dengan pusing seterusnya kekejaman regim Zionis ke atas umat Islam dan manusia di bumi Palestin. Kekejaman yang melampaui batas fikiran manusia, yang tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengiyakan apa yang diamarankan oleh al-Quran, tentang fasad besar-besaran pusingan kedua yang dicetuskan oleh kaum Yahudi ini. Firman Allah SWT: "Dan telah Kami nyatakan kepada Bani Israil di dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau" [al-Israa' 17: 4] Para ahli Tafsir kontemporari menyetujui bahawa kerosakan pertama yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi ini adalah semasa mastautin mereka di bumi Yathrib. Mereka menguasai politik, ekonomi dan sosial di kota tersebut, bongkak dengan impian mereka bahawa Nabi akhir zaman akan diutuskan sekali lagi daripada keturunan mereka, dan seterusnya memanfaatkan kebodohan kaum Aus dan Khazraj lalu melaga-lagakan dua kelompok kaum Arab ini hingga berperang sesama sendiri, mencecah suatu tempoh yang amat panjang. Kerosakan pertama ini mencapai kemuncaknya, apabila mereka secara rasmi menolak Kenabian Rasul akhir zaman, tatkala tibanya Muhammad bin Abdullah ke kota Yathrib di dalam peristiwa Hijrah. Meleset sekali impian mereka, bahawa Allah telah menetapkan bahawa kaum yang banyak membunuh Nabi dan Rasul ini hilang kebanggaan buta mereka, apabila penutup segala Nabi dan Rasul, diutuskan daripada kaum Arab berketurunan Ismail 'alayhi al-Salaam, iaitulah Junjungan Mulia Nabi Muhammad sallallaahu 'alayhi wa sallam. Firman Allah SWT: "Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat keras serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (untuk menyerang dan mengusir kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang benar-benar berlaku" [al-Israa' 17: 5] Sidang Jumaat, rahimakumullah... Misi menghadapi kaum Yahudi yang tidak pernah jemu menyebarkan kerosakan di muka bumi biar pun telah diberi peluang berkali-kali oleh Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam, disempurnakan oleh umat Islam dengan pengusiran mereka dari bumi Khaybar pada bulan Muharram tahun ke-7H. Semenjak itu, kaum Yahudi hidup berpeleseran dan sukar diterima di mana-mana sahaja penempatan di muka bumi, di bawah mana-mana kuasa pemerintah, disebabkan oleh perilaku mereka sendiri yang tidak henti-henti mencetuskan fasad di muka bumi. Namun, di sepanjang sejarah itu, kuasa pemerintah Islam jugalah, dengan keluasan rahmat dan toleransinya menghulurkan bantuan bersyarat kepada kaum Yahudi, termasuklah semasa mereka berdepan dengan pembunuhan beramai-ramai di bumi Andalus pada 1492 oleh kuasa Kristian. Kerajaan Islam Turki Othmaniyyah mempelawa mereka untuk mendapat perlindungan duduk di bawah pemerintah Islam, tetapi Yahudi tetap Yahudi, mereka menjadi duri dalam daging hingga akhirnya berperanan sebagai kelompok terpenting yang menjadi punca kepada kejatuhan kerajaan Turki Othmaniyyah. Yahudi Donme yang hidup talam dua muka, menjadi lubang kebocoran bagi negara Islam terakhir itu, hingga legasi Islam ribuan tahun, tamat secara rasminya pada tahun 1924. Sidang Jumaat sekalian, Kejatuhan kerajaan Islam terakhir itulah, titik utama kepada terlepasnya bumi Palestin dari wilayah Islam. Sehingga kini, bumi Palestin itu terus bermandi darah, setiap anak yang dilahirkan, adalah seperti sudah tersurat bahawa mereka bakal menjadi mangsa kekejaman penjajah Zionis yang terus menerus membelakangkan kemanusiaan, menghancurkan apa dan siapa sahaja yang menghalang cita-cita mereka untuk menegakkan negara Zionis dari tebing Furat ke Sungai Nil. Itulah 'sumbangan' Yahudi. Kerosakan demi kerosakan. Dan Allah SWT telah menetapkan, bahawa kitalah pada hari ini yang berdepan dengan kerosakan besar-besaran pusingan kedua, sebagaimana yang telah dicatatkan di dalam ayat yang saya bacakan tadi. Jamaah kaum Muslimin sekalian, Apakah tindakan kita? Apakah cukup dengan hanya menggelengkan kepala, menanti isu ini pudar daripada siaran media selepas seminggu dua, dan kemudian menggelengkan kepala lagi untuk pusingan yang seterusnya? Sesungguhnya, kita mempunyai 3 bentuk tindakan yang menanti perlaksanaan. Tindakan pertama, adalah dengan MENGECAM. Kita boleh dan perlu untuk membuat kecaman. Membantah dan menyuarakan penentangan kita terhadap kekejaman Yahudi di bumi Palestin. Sama ada kecaman itu dibuat dalam bentuk demonstrasi, ucapan, khutbah dan penulisan, kecaman mesti diteruskan. Kecaman ini boleh menjustifikasikan sokongan dan kebersamaan kita dengan saudara-saudara seagama di bumi Palestin. Ia juga menjadi bukti terhadap kepedulian kita. Ia menjadi tanda bahawa kita bukan terdiri dari kelompok manusia yang disebutkan oleh Allah dengan perumpamaan buruk sebagai BINATANG TERNAK. Firman Allah SWT: "Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai" [al-A'raaf 7: 179] Binatang ternak tidak pernah peduli kepada pisau yang sedang diasah untuk menyembelihnya. Binatang ternak hanya memerhatikan rumput dengan penuh nafsu terhadap perutnya. Binatang ternak adalah perumpamaan kepada manusia yang diberi mata tidak melihat, diberi telinga tidak mendengar. Apa yang mereka pedulikan hanyalah lima rukun hidup iaitu MAKAN, MINUM, KERJA, REHAT dan KAHWIN. Semoga dengan kecaman dan bantahan yang dibuat, menjadi saksi di hadapan Allah, bahawa kita adalah manusia, bukan binatang yang tidak punya rasa peduli dan peka. Namun kecaman bukanlah tindakan yang terbaik oleh seorang mukmin. Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam telah bersabda: Daripada Abu Sa'eed al-Khudri radhiyallahu 'anhu beliau berkata: aku mendengar Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam pernah bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Andai tiada kemampuan untuk berbuat demikian, maka hendalah dia mengubahnya dengan lisannya. Dan jika beliau tidak mampu untuk berbuat begitu, maka hendaklah (dikecam) dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman [Hadith riwayat Muslim] Arahan Nabi Muhammad sallalaahu 'alayhi wa sallam terhadap tindakan kita mencegah kemungkaran, bukan sekadar mengingkarinya dengan hati, atau menegahnya dengan lisan, tetapi bertindak dengan tangan untuk MENGUBAH keadaan. Tindak balas kita mestilah ada upaya untuk mengubah keadaan, dan kecaman masih jauh dari mampu mencetuskan perubahan itu. Sidang Jumaat rahimakumullaah, Tindakan kedua yang mesti kita lakukan untuk bertindak terhadap kekejaman Yahudi di bumi Palestin adalah selepas MENGECAM adalah MENCEGAH. Mencegah boleh berlaku dalam beberapa bentuk. Cegahan pertama adalah pada usaha mengelakkan diri untuk menjadi mangsa kepada kemungkaran itu. Ia mungkin boleh diertikan sebagai tindakan untuk berhijrah meninggalkan tempat di mana kemungkaran itu berlaku. Ia mungkin berupaya menyelamatkan diri kita buat sementara, tetapi ia tidak akan dapat menamatkan kemungkaran itu daripada terus menerus berleluasa. Dan segala puji bagi Allah, saudara kita di bumi Palestin tidak bertindak melarikan diri. Jika mereka tidak punya semangat yang kuat untuk mempertahankan diri dan maruah Islam, sudah pasti mereka bertempiaran lari menjadi pelarian di bumi asing. Namun Allah anugerahkan bumi itu dengan manusia yang kental jiwa. Mereka terus bertahan. Biar pun hanya dengan lastik dan batu, berundur tidak sekali-kali! Sama ada menang, atau syahid fi sabillah. Mencegah yang kedua pula, boleh diertikan dengan tindakan kita mengekang diri daripada menjadi sebahagian daripada kemungkaran itu. Kita harus bertindak untuk menghalang diri daripada menjadi sebahagian daripada kekuatan regim Yahudi di bumi Palestin. Dan tindakan ini boleh dijustifikasikan dengan kempen boikot. Secara individu, kita boleh menyekat diri daripada menggunakan barangan dan perkhidmatan syarikat-syarikat yang menyumbang kepada kekuatan ekonomi regim Yahudi Zionis itu. Firman Allah SWT berkenaan dengan hal ini: "Kemudian, Kami kembalikan kepada kamu (Yahudi) kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami perpanjangkan kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya" [Al-Israa' 17: 6] Di era kerosakan kedua oleh kaum Yahudi ini, Allah SWT menjelaskan bahawa kekuatan mereka adalah hasil yang diperpanjangkan kepada mereka berupa harta kekayaan dan sumber tenaga manusia. Ayat ini amat jelas menunjukkan kepada kita, bahawa regim Yahudi Zionis hari ini menjadi kuat hasil sokongan luar yang mereka terima. Sokongan itu tidak lain dan tidak bukan adalah daripada negara Polis Dunia iaitu Amerika Syarikat. Laporan http://www.ifamericansknew.org menjelaskan bahawa regim Zionis yang menjajah bumi Palestin menerima bantuan di antara 10 ke 15 juta US Dollar sehari daripada Amerika Syarikat. Jumlah ini mengatasi jumlah keseluruhan bantuan Amerika Syarikat kepada negara-negara Amerika Latin, Sub Sahara Afrika dan Carribean. Kekuatan utama rejim Zionis di Palestin adalah sokongan Amerika Syarikat. Negara kuasa besar dunia itu berupaya memanipulasi kewangannya sendiri untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada rejim Zionis hasil kombinasi beberapa pihak, khususnya media di Amerika Syarikat yang tidak melapor, melapor secara simplistik, atau memberikan laporan yang salah, untuk mengawal kefahaman penduduk Amerika Syarikat tentang isu Palestin. Maka tindakan memboikot barangan yang menyumbang kepada kekuatan ini, tindakan menghentikan penggunakan matawang Dollar Amerika Syarikat adalah tindakan mencegah yang boleh memberikan kesan kepada hal ini, jika umat Islam dan seluruh warga manusia yang prihatin bersatu padu menjayakannya. Sidang Jumaat sekalian, Walau bagaimana pun, tindakan mengecam dan mencegah masih belum mencapai standard yang ditetapkan oleh Nabi Muhammad sallallaahu 'alayhi wa sallam kepada kita. Bahawa kemungkaran mesti menerima tindak balas yang bersifat MENGUBAH. Perubahan itulah yang mesti diperhatikan oleh kita semua. Apakah kekalahan demi kekalahan yang menimpa umat Islam selama ini berlaku tanpa sebab? Apakah kejatuhan kuasa Islam hanya disebabkan oleh faktor luar? Sesungguhnya mencela kaum Yahudi yang melakukan kerosakan, tidak lebih daripada sekadar kata pepatah Melayu, SEPERTI MARAHKAN ANJING MENYALAK BUKIT. Yahudi dan kerosakan sudah sinonim, maka janganlah kita sekadar marahkan Yahudi, sebaliknya cerminlah diri kita, apakah yang sedang berlaku kepada umat Islam sendiri? Kaum Muslimin rahimakumullaah, Menjawab soalan ini, saya teringat kepada apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk "Antara Ilusi dan Realiti"Â (Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah)Â , al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama. Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung "pemimpin"tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan. Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil? Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti. Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya "seorang patung". Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti. Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi. Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh. Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti. Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Nasrani sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti. Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu? Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran. Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan? Muslim ilusi berdepan dengan Nasrani realiti. Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti. Realiti sentiasa mengalahkan ilusi. Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita. Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh. Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang. Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Berpecah belah hanya kerana secawan kopi. Pecah belah rumahtangga, pecah belah jiran tetangga, pecah belah masyarakat sedesa, pecah belah antara negara, perpecahan kita dari hujung daun hingga ke akar umbi. Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti. Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa. Tragedi di Gaza adalah seruan Allah untuk kita kembali kepada Islam. Islam yang tulen.

sedih,kecewa,pilu, dan malu

entah la...terasa sangat aku hari nie...
malu pada semua orang....
malam tadi kul 2 pagi terasa sedih sangat...
kecewa,pilu ....nak tido pun tak selera...
mula2 begitu bersemangat, namun
apabila hasilnya....amat memalukan...
sampai di opis...
terus je kena taruk....
malu pada semua orang....
entah la, mungkin aku yang lebih2
kot rasa sedih...
tapi mmg sedih sgt..bila tgk hasilnya
mmg amat mengecewakan.......
ohhhh...chelsea ko tewas dengan memalukan
dengan MU 3- 0

January 9, 2009

palestine

aku sembahyang jumaat kat tabung haji... ada perarakkan la.... diorang menuju ke kedutaan US di jln ampang

handset

aku penah la tanya kat officemate aku
soalanya... SIAPA BOLEH OFF KAN HANDSET SELAMA SEMINGGU......
macam macam la yang jawab.....
jue: ko gileee ke? mana boleh sehari pun tak boleh la...
azizi: ini handset cari makan maa...rugi la kalau off
rose: mana leh...kalau orang nak call aku camne....
zul: projek banyak nie..... prospek.....rugi la off
man: ko nak tutup, tutup sorang2....
aku: gua tak de hal....tutup sebulan pun takpe...
aku..bukannya apa....nampak sgt handset ini
dah jadi barang perlu...sampai kata orang
benda wajib...kalau tak de handset tak leh la...
tapi..cuba kita tengok balik masa zaman awal 1990an dulu
handset tak de jugak?...tapi zaman itu semua orang cool je
budak2 sekolah tak pakai handset pun ok je...
boleh je parents datang ambil pegi sekolah...
kadang kadang aku terpikir balik...handset ini
betul betul penting sgt ke...hinggakan tak leh berengang langsung...
heheheh.... lain orang lain pendapat.....
tapi bagi aku handset nie biasa2 je...
ada pun tak pe tak de pun tak pe....
teringgin nak tau apa jawapan korang jika aku tanya
soalan yang sama....
SIAPA BOLEH OFFKAN HASNDSET DIA SELAMA SEMINGGU?

January 8, 2009

Helmet accident

Helmet
peristiwa.... helmet accident
tarikh....... 07 01 2009
masa......... sekitar pukul 11 mlm
lokasi......... MRR2
mangsa...... helmet aku la
semalam lebih kurang pukul 11 mlm
aku dari wangsamaju nak balik ke ampang
tengah baik bawak moto ex5 lalu kat mrr2
entah macam mana....tiba tiba helmet aku
melayang...bayangkan lebih 100km sejam
helmet melayang......
ya Allah...abis la kete yang ada kat belakang terdetik dlm hati
cepat cepat aku berenti tepi jalan....tengok keadaannya camne
fuhhhh lega nasib baik tak de yang accident disebabkan helmet aku
tapi helmet buruk aku...masih ditengah jalan....
malam2 kereta semuanya laju...kebanyakkanya mengelakkan helmet aku
yang betul2 ditengah jalan itu....ya Allah....seriau aku dibuatnya
hampir 3 minit..aku lepak tepi jalan nak tunggu line clear baru
nak angkat balik helmet aku....namun.........
tiba2 sebuah kereta kenari hijau(tak silap la) dengan lajunya
menyodok helmet aku....kereta yang laju tiba tiba menjadi perlahan
kenari hijau itu berhenti kira 20 meter di depan...
dlm hati aku...abis la depan kete mamat nie...
aku hanya tunggu dan lihat sahaja....
lebih kurang 2 minit...mamat tue(tak kenal pun) tarik keluar helmet
yang tersangkut kat bawah kete dia dan letak di tepi jalan....
aku pun start moto pegi kedepan ambil balik helmet ......
tak hancur lagi...leh pakai nie.....
tapi masa sampai kat umah aku
terfikir...kalau la disebabkan helmet aku
berlaku kemalangan... yg besar pasti aku
tak tido malam menyesal la..kata orang..
footnote...kena beli helmet baru
korang jgn ingat aku tak ikat helmet tu
aku pin la.....dah nak cabut...tak dijangka
nasib baik mamat kenari tak cari aku...

January 7, 2009

Lang sewah

Spesis burung helang
orang kampung panggil burung nie burang lang sewah(ini baru anak dia)
burung lang jenis nie suka makan anak ayam
so kena jaga jaga spesis jenis ini... pemangsa
nama saintifik dia tak tau....
nama burung lang jenis nie mungkin berbeza beza
disetiap tempat... tempat lain aku tak tau..
tapi tempat aku org lang sewah...
itu je nak cite......

politik

semalam penamaan calon untuk pilihanraya kecil parlimen P36 kuala terengganu.... spr penggumumkan bahawa ada tiga calon yang menawarkan diri calon umno, pas, dan bebas...maknanya 3 penjuru... rasanya semua orang dah maklum..bahawa pertandingan ini lebih tertumpu kepada calon umno dan pas.... tapi yang hendak aku utarakan disini ialah mengenai kelancaran proses penamaan calon yang berlaku semalam ramai pihak memuji pihak polis yang berjaya mengawal keadaan penyokong yang dikhabarkan hampir 30 ribu berhimpun di kuala terengganu... bukan senang nak kawal orang ramai sebanyak tue.... tahniah la...satu permulaan yang baik... tapi aku selalu musykil la...keadaan kecoh pada hari penamaan calon akan berlaku jika, calon umno akan menentang calon keadilan.. mengapa ini berlaku? banyak contoh contohnya antaranya dilunas kedah, di ijok selangor.. dan yang terbaru di permatang pauh.. kenapa semua ini berlaku....pelik jugak..bila lawan ngan pas semuanya ok tapi bila melawan keadilan...hmmm macam teruk sangat jadinya... apa apa pun selamat berkempen untuk ketiga tiga calon... selamat menjadi hamba rakyat...hehehehheeh

January 6, 2009

Rokok

Kawan aku bagi test rokok ni. Rokok 555 dah lama tak jumpa.. klasik....
version dulu kotak dia warna gold...tapi yang ini special sikit..
kotak warna hitam....
edap juga rasanya cam maggi goreng je...(tipu je)
p/s merokok membahayakan kesihatan...
hehehhehe ckp kat diri sendiri

liga super

hari nie perlawanan kedua liga super....
pasukan aku(YOB) akan bertandang ke shah alam
menentang selangor...
pasukan yob tahun nie semuanya pemain muda
bulan lepas friendly ngan selangor
perak kena 5-1...tapi itu persahabatan je
hari ni perlawanan rasmi...
harap harap yob boleh pegi jauh
kejor yob kejor
bior sampai demo tumpo
ehhheheheheheheh
pasukan2 pilihan liga super musim ini:
selangor
kedah
kelantan
N9
ini yang aku perhatikan....
sokonglah liga tempatan...........

January 5, 2009

tali pinggang belakang

kecoh awal tahun baru ini.. ..penguatkuasa jpj melaksanakan peraturan yang mewajibkan penumpang kenderaan mesti memakai tali pinggang dibelakang hampir 250 telah disaman pada awal tahun baru..2009 masyarakat awam merasakan tidak wajar peraturan ini dikuatkuasakan..kerana di lihat seolah olah menyusahkan dan membebankan rakyat awam.. namun,jika dilihat dari sudut yang rasional peraturan ini sebenarnya amat baik dan berguna kepada rakyat. jangan lihat kepada jumlah denda yang dikenakan..jika kita pakai jumlah denda itu tidak bermakna. apa yang susah sangat? kadang kadang kita merasa pelik dengan sikap kebanyakkan rakyat Malaysia ini... sesuatu peraturan itu dibuat terutamanya berkaitan keselamatan jalan raya adalah untuk keselamatan diri kita sendiri... secara peribadi, saya amat menyokong peraturan ini...lain orang lain pendapatnya... pengeluar kereta mestilah menyediakan tali pingang belakang ini kepada pengguna.. ajal maut ditangan tuhan..ya betul tetapi sebagai manusia yang dikurnia akal dan fikiran yang waras..kita mampu menghindarinya sediakan payung sebelum hujan....orang tua tua selalu berkata begitu..pepatah ini amat bertepatan. ANDA MAMPU MENGGUBAHNYA???

kerja

hari nie masuk balik keje setelah seminggu cuti selamat datang tahun 2009 semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas harap harap la................

January 2, 2009

Banjir

Kat kampung aku