January 28, 2009

politik....

orang kata kat negeri aku sekarang nie
berlaku tsunami politik gelombang kedua...
angin tak de ribut tak de...tiba2 Adun Bota...
datuk nasaruddin lompat masuk Pakatan Rakyat....
dewan undangn negeri perak mempunyai 59 kerusi...
pakatan menguasai 31 kerusi dan barisan 28.....
dengan lompatnya adun bota kerusi pr bertambah
menjadi 32 dan barisan menjadi 27....
khabar khabar angin bertiup kencang yang mengatakan
ada lagi adun2 dari barisan akan melompat....
salah sorang nama yang disebut adalah adun dikawasan aku...
aku, secara peribadi tak kenal sangat adun ditempat aku...
masa election march 2008....adun barisan ini telah menewaskan
calon dari pakatan dengan hanya seribu lebih sahaja majoriti....
kata orang hebat jugak pertarungan itu...sbb sebelum ini
kawasan aku selalunya barisan menang majoriti mesti 5 ribu keatas...
situasi lompat melompat ini, menyebabkan keadaan politik yg tenang
selepas pilihanraya kecil P036.....menjadi hangat kembali....
perang saraf telah bermula....pakar pakar strategi semuanya
sedang mengatur dan merancang supaya..pihak mereka mendapat
kemenangan...dari situasi ini....
waima...apa apa pun tujuan sesebuah parti politik yang menawarkan
perkhidmatan....rakyatlah yang patut mendapat manfaatnya....
janganlah hanya memberi khidmat kepada ahli parti mereka sahaja...
sebab bukan semua pengundi menjadi ahli dalam parti politik...
contohnya aku...sampai sekarang aku tak menjadi ahli mana2 parti politik
sebab...aku tak nak terikat...aku hanya menilai calon yang bertanding
dikawasan aku...dengan melihat prestasi dan apa yang ingin mereka buat
untuk kawasan yang mereka tandingi....
isu lompat ini...hmmm tepuk dada tanya selera...
yang penting jgn menghukum penduduk disesebuah
kawasan itu dengan hanya perbuatan wakil mereka.......
kadang2 seronok jugak tengok sepak terajang orang2 politik ini...
startegi...memang penting...kena berilmu baru boleh masuk
kedalam bidang ini...pada pendapat aku...org lain aku tak tau...

6 comments:

DrSam said...

lepas ni lagu lompat sikatak lompat akan jadi top dalam carta lagu-lagu popular.

besi said...

heheheh...
entahla drsam...
politik byk ragamnya

eliza said...

apa la yg katak dlm gmbar tu buat kan..hehe

Fly said...

haha..dunia politik mcm2..kekdang gua pun geleng2 kepala tgk scene perang mulut kat parlimen, leh pulak ejek2 org katak lah, monyetlah..

besi said...

eliza...katak tue termenung je


fly..... bro kadang2 seronok jugak
tgk diorang wat lawak...
hehehehe

afsal_8281 said...

semuanya berkhidmat utk duit je bukan utk rakyat pun...

juz my opinion ok

psstt: encik besi tak kisah kan saya tumpang lalu dan tmpang bg pendapat??