cerpen aku dah tulis dulu...
saje ulang balik....tak de idea petang2 nie....
Berbudi kepada Tanah
Dua puluh satu, kata abu, karim terpinga pinga… dibenaknya tajam mengatakan abu telah mempermainkanya. Manakan tidak..dia telah hampir menang tadi. 250 ringgit wang diatas meja telah menjadi milik abu. “aku mesti mencuba lagi kata karim didalam hatinya. Osman dan ijam masing masing telah meletakkan wang pertaruhan baru di atas meja. Abu berkata kepada karim…kalau setakat nak termenung baik tak payah duduk, meja ini banyak orang lain lagi nak main..celupar sungguh mulut abu memperli karim. Hampir rm 1000 karim telah tewas pada malam itu.. didalam poketnya hanya tinggal rm 135 sahaja. Dengan hati yang berat karim terus meletakkan rm 50 untuk meneruskan permainan yang baru.
Malam terus berlalu dinihari semakin tiba…bangsal buruk masih tetap meriah. Karim malam itu telah kalah teruk… tempatnya telah pun digantikan dengan zam dan padil. Dia masih termenung mengenangkan kekalahannya. Tiba tiba abu bersuara “kawan kawan subuh dah nak tiba ni..nanti jalan sini akan sibuk orang akan masuk ke kebun.. lebih baik kita semua pulang..Abu pada malam itu sungguh betuah..hampir rm3000 berjaya dia menang..hatinya berbunga bunga.. semua orang didalam bangsal buruk itu setuju dan telah bergerak pulang kerumah.masing masing.
Karim tiba kerumahnya hampir pukul 6.30 pagi.. ah malas betul nak ke kebun bentak hatinya.. maklum la semalaman dia tidak tidur.namun dia gagahkan juga untuk bersiap..
Emaknya telah menyediakan sarapan pagi… kamu kemana malam tadi karim? Tanya emaknya… tak kemana emak lepak2 kat umah ijam sahaja..bohong karim.. karim terus bangun dan bergerak menuju kekebun.
Banyak ke kamu kalah malam tadi? Tanya ijam… ishhh kamu nie ijam agak agak la kalau nak tanya soalan, kita sekarang kat kedai pak manaf ni. Aku kalah hampir rm 1000 malam tadi bisik karim ke ijam. Masing masing termenung mengenakan kerugian malam tadi. Ijam kalah hampir rm 2000….padil tiba digerai pak manaf dan terus duduk dimeja ijam dan karim. Geng malam nie nak repeat ke kata padil.. aku tak de duit nie padil tak boleh la kata karim.. ala baru kalah sikit dah tak nak main tempelak karim. Kamu ni padil orang dah cakap tak de duit takkan tak paham sampuk ijam.
Mereka bertiga terus melepak dan berbual kosong di kedai pak manaf. Aku balik dulu la ijam, padil kata karim. Ala karim baru pukul 6.30 petang takkan dah nak balik...? aku nie tak mandi lagi karang dah nak malam, jawab karim. Ya la padil malam karang nak lepak lagi sambung ijam. Mereka bertiga pun pulang kerumah masing-masing.
Begitu la rutin hidup karim dikampung hanya membuang masa dgn melakukan aktiviti aktiviti yang tidak sihat. Karim sebenarnya seorang pemuda yang baik, menghormati orang tua dan sopan santun. Namun sebagai remaja karim tidak terlepas melakukan aktiviti aktiviti yang tidak sihat. Dia berkawan dengan budak budak kampung yang tidak mempunyai rancangan masa depan untuk memperbaiki dirinya.
Namun begitu, karim mempunyai satu sikap yang boleh memajukan dirinya,, iaitu sikap rajin bekerja. Karim hanya tamat tingakatan 5 sahaja dia tidak menyambung pelajaran kerana sudah tidak minat untuk belajar dan hanya ingin bekerja.. dengan kata lain dia tidak mahu menyusahkan kedua orang tuanya. Sebagai remaja yang lingkungan umur awal 20 an karim sudah semestinya mempunyai kekasih hati. Mila.. anak pak kasim di kampung sebelah adalah teman istimewa karim. Hampir setahun setengah mereka berkawan. Umur mila baru 19 tahun sahaja. Begitulah ringkasan hidup karim anak pak seman dikampung pinang.
Malam itu lebih kurang pukul 10 malam di port lepak dikampungnya karim mengutarakan satu isu yang sangat menarik perhatian kawan kawannya. ‘sampai bila kita nak hidup macam ini’ abu menyampuk.. apa masalahnya hidup macam ini karim aku tengok tak de problem pun.. entah karim sampuk padil. Macam nie, kata karim kita semua ni hanya pandai membuang masa dan tak de melakukan perkara yang boleh menjamin masa depan… berapa la sangat kita dapat dengan kebun sekangkang kera tu,… kata orang putih no hope.. ala karim biasa la hidup kat kampung memang la macam nie kata ijam. Abu menyampuk…kita tak kacau orang pun tak buat perkara perkara yang menyusahkan orang kampung.. betul tue karim sampuk padil pula.
Karim ko ada idea apa apa ke ..tanya ijam. Entahlah kawan kawan aku rasa macam tak betul je hidup kita semua nie..keluh karim. Ala karim jangan la pening pening kepala dengan benda benda yang tak pasti , kita semua kan muda lagi…kata abu. Karim bertanya pada abu ..abu sekarang nie umur hang dah berapa.. aku 24 tahun, ala geng muda lagi la sambil abu tersengih sengih. Aku dengan ijam 22 tahun engkau padil 25 kan tanya karim. Ya karim…kenapa lak? soal padil balik.
Kawan kawan kita semua nie bukanya budak budak lagi.. umur semua dah nak sampai tahap dewasa.dah nie,.
Tiba tiba ijam dengan tersengih sengih berkata engkau ni karim mila anak pak kasim suruh masuk meminang ke? Ha ha ha ha suasana menjadi riuh rendah dengan soalan ijam pada karim. Ala ijam maksud aku bukan pasal kawin je.. tapi ya la pasal rancangan masa depan kita semua la. Dah karim itu nanti nanti kita bincang lak kata padil. Abu malam nie apa projek kita lak tanya ijam? Apa lagi ….buka kitab la jawab abu. Ala abu, aku tak de modal la jawab karim, ijam menyampuk, malam nie kita semua lepak saja la…geng aku pun tak de modal gak nie. Kalau cam tue kita lepak je la…kata abu. Jam hampir menunjukkan pukul satu pagi… geng aku balik dulu la kata karim… tunggu ..kata ijam aku pun nak balik gak.
Di atas katil karim gagal melalapkan matanya. Dibenaknya masih tertanya tanya apa yang boleh dia lakukan untuk mengubah nasibnya. Entah pukul berapa barulah di terlelap. Selesai kerja pada sebelah pagi, karim pada waktu tengah hari ingin ke kampung jeram untuk berjumpa dengan mila. Masih terngiang ngiang suara mila menyuruh dia untuk berjumpa..’abang ada perkara penting nie nak cakap..datang la tengah hari nie kat rumah’ gesa mila. Karim pun tidak begitu pasti apa yang penting sangat sampai mila menyuruh dia datang kerumahnya.
Abang , mila dapat keje kat kuala Lumpur.. minggu depan dah kena pegi kat sana kata mila. Keje apa yang kamu dapat mila tanya karim. Orang dapat kerja kerajaan di putrajaya jawab mila. Bagus la mila , elok jugak kamu dapat kerja kat sana terjamin masa depan kamu kata karim. Namun didalam hatinya karim merasakan sangat sedih kerana berpisah dengan buah hatinya. Abang tak marah ke kalau mila pergi tanya mila. Ala mila kamu pergi nak bekerja bukanya nak buat perkara yang bukan bukan, peluang macam ni bukan semua orang boleh dapat, abang sentiasa menyokong mila jika perkara itu baik untuk hidup mila jelas karim. Nanti kalau mila rindu kat abang kita sms la atau call kata karim. Insyallah, mila pun harap abang pun sama juga nanti jangan lupakan mila. Mila abang lapar ni tak de ke kuih muih ke bihun ke…gurau karim. Mila pun bangun menuju ke dapur …karim memandang dengan mata yang sayu…ah kalau kat sana mila akan berjumpa dengan lebih ramai orang yang lebih baik darinya bentak hatinya. Di dalam fikiranya dia sudah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan di masa akan datang.
Hampir dua minggu mila telah pergi meninggalkan kampungnya untuk ke kuala Lumpur. Karim tetap macam biasa …tiada perubahan apa apa pun.
Di kedai pak manaf ijam, karim dan zul sedang minum petang sambil berbual bual kosong. Ijam ada idea apa apa tak? Idea apa tanya ijam balik? Karim engkau dah mula balik la tu perli zul. Aku serius nie ijam zul…sampai bila kita nak macam ini. Karim apa yang kita boleh buat kat kampung kita ni tanya zul ? haa aku tahu jawab ijam..apa dia tanya karim .. kita buat bodo je la…sambil ijam tersengih sengih. Engkau ni ijam potong betul la kata karim. Malam ni nak turun ke tak kat port kita tanya ijam. Boleh jugak jawab zul dengan karim serentak.
Sebenarnya karim memang ada idea untuk dikongsi dengan kawan kawanya. Namun di hatinya masih berat untuk mengutarakanya kerana kawan kawannya masih tidak serius dengan perkara yang dia bangkitkanya. Karim melihat banyak tanah kosong dikampung yang masih tidak diusahakan…pada hematnya adalah amat merugikan jika tanah yang terbiar tidak digunakan dengan sebaik baiknya.
Hari ini hari sabtu baik aku ajak ijam pergi ke Bandar boleh jalan jalan sambil menyuci mata fikir karim. Ijam, nak keluar ke tak hari ni? Tanya karim. Boleh jugak dah lama kita tak jalan jalan keluar dari kampung ni, jawab ijam. kita tengok wayang nak tak…?
Aku on je la jawab ijam. Di Bandar, selepas menonton karim berjalan jalan sekitar shopping complex berdekatan. Agro bank ….bank apa tu? tanya karim pada ijam. Ohhh itu bank pertanian baru tukar nama , kenapa karim soal ijam. Tak de la, tadi masa kita jalan jalan tadi aku terjumpa browser pasal pinjaman untuk memulakan projek pertanian. Aku rasa macam berminat la ijam ungkap karim. Heheheheh engkau ni karim betul betul la..jangan nak main main lak, takkan engkau nak buat hutang pulak soal ijam. Aku betul betul serius la ijam, engkau nak join tak? Aku tak tau la karim, aku bukan rajin macam engkau. Macam ini la baik kita pergi kat agro bank tu kita tanya apa syarat syaratnya.
Malam itu diport biasa karim menceritakan hasil perjumpaan dia dengan encik azizi pegawai pinjaman di agro bank. Apa syarat syaratnya karim tanya abu. Mengikut kata encik azizi pinjaman maksimun boleh di buat sampai rm100000 tapi syaratnya berat sikit la. Kita kena letak cagaran. Tapi kalau kita pinjam bawah rm 50000 cukup dengan hanya mencari penjamin sahaja. Aku rasa syarat nie tak berat sangat. Macam mana kawan kawan berminat ke tak? Sebelum berminat ke tidak aku nak tanya engkau dulu karim..hang nak buat projek apa sebenarnya. Projek tanaman buah naga…jawab karim, kawasan kampung kita ni sesuai la aku tengok. Karim kawasan mana yang hang nak guna? Soal abu lagi.
Tanah dipinggir kampung kan masih kosong lebih kurang 10 ekar tu. Tanah kat situ 3 ekar memang kepunyaan keluarga aku jelas karim. Habis bakinya yang 7 ekar lagi tanah sapa? soal ijam. Itu aku tak tau..tapi kalau korang semua serius kita boleh tanya ketua kampung kita. Cadangan engkau ni karim memang baik, tapi aku tak dapat nak join la kata abu. Kenapa? Tanya karim. Aku sebenarnya hujung bulan ni akan pergi ke pulau pinang …mungkin akan bekerja disana..sepupu aku sebenarnya dah lama mengajak aku bekerja dengannya. Kawan kawan macam mana soal karim? Semuanya hanya terdiam dan masing masing terkial kial untuk memberi jawapan.
Alang alang sudah becerita lebih baik aku mulakan kata karim didalam hatinya. Karim memulakan projek untuk tanaman buah naganya dengan memodalkan rm 50 ribu yang dipinjam dari agro bank. Mujurlah bapak saudaranya yang bekerja dikuala Lumpur sudi untuk menjadi penjaminnya. Engkau bila nak buat sesuatu tu biar la besungguh sungguh jangan hanya hangat hangat tahi ayam saje pesan pakciknya.
Karim memohon dari jkkk kampungnya untuk memohan menggunakkan tanah disempadan tanahnya untuk memulakan projek buah naganya itu. Ketua kampungnya tiada masalah untuk membenarkan karim menggunakan tanah yang terbiar itu dengan syarat membayar sewa dengan kadar yang berpatutan. Karim amat bersyukur kerana projeknya berjalan dengan lancar tanpa halangan yang besar.
Hampir setahun karim mengusahakan ladang buah naganya, hasil pertama yang karim dapat digunakannya untuk membayar hutang di Agro Bank. Karim begitu berhati hati dalam pengurusan wang supaya tidak menimbulkan masalah dimasa hadapan. Segala perancangan Karim untuk memajukan lagi projek tanaman buah naga setakat ini berjalan dengan baik dan lancar… kata karim dalam hati inilah baiknya jika berbudi kepada tanah.
Kawan kawan Karim yang lain hanya melihat kesungguhan karim tanpa mahu mencotohinya …abu, ijam dan padil sedang melepak di kedai Pak Manaf..lama Karim tak lepak sama sama ngan kita la Ijam…ungkap Padil…ya la jawab Ijam.. tapi diakan sibuk sekarang nie..celah Abu…kawan kawan kita pun patut berubah macam Karim sambung Ijam….lihat la kebun buah naga Karim sekarang sudah membuahkan hasil…padahal baru setahun projek tu….. Karim bukanya tidak mahu lepak dengan kawan kawanya tapi sekarang masanya amat terbatas…dia hanya boleh lepak bila betul ada masa lapang sahaja…aktiviti malam sudah lama karim tinggalkan…bagi karim cukup la dahulu dia banyak membuang masa..sekarang masanya untuk memikirkan masa depan, kata karim didalam hatinya…
Kini sudah hampir 3 tahun setengah karim mengusahakan ladangnya…ladang buah naganya sudah terkenal di daerahnya…banyak permintaan diterimanya dan karim amat bersyukur.. pada tahun ke 2 karim telah membeli 4 ekar lagi tanah dari pak Abu…tujuan Karim membeli tanah itu adalah untuk menambah lagi keluasan tanamanya dan membuat tapak untuk rumahnya… kini karim boleh berbangga kerana sudah mempunyai rumahnya sendiri. Bukanya dia tidak suka tinggal di rumah orang tuanya…tapi dia merasakan sudah sampai masanya dia berdikari dan menguruskan hidup sendiri…
Kahwin…fikir karim….memang sudah sampai masanya.. namun dia nak kahwin dengan siapa… 2 bulan lepas dia baru dapat tahu buah hatinya Mila telah bertunang dengan orang Kuala Lumpur…dia tidak salahkan mila, kerana mungkin sudah suratan dia tiada jodoh dengan Mila. Ahhhh nanti dulu la kata hati Karim….
Karim telah menerima satu surat yang bertulis Urusan Rasmi Kerajaan Malaysia…didalam hatinya berkata ahhh surat apa nie…rupa rupanya usaha karim mengusahakan ladang buah naga telah mendapat perhatian pihak kerjaan negerinya.
Pada hari peladang nanti karim telah dijemput untuk menerima anugerah tani muda peringkat negeri. Karim amat berbangga kerana usahanya telah dijadikan contoh untuk para belia yang lain.
Berbudi kepada tanah itulah kata kata karim semasa ditemubual oleh majalah pertanian terkenal negara tentang anugerah tani muda yang diterimanya. Masa muda hendaklah digunakan sebaik baiknya….
10 comments:
pehhh.. panjang gilerr arr entri kamu kali ni dik.. puas akak membaca..
ladang buah naga ehh.. laa ni permintaan tinggi kot untuk buah ni.. kat kg akak pon ramai yang tanam.. kecil-kecilan pon ader..
berbudi pada tanah mmg tak rugi..
sis-nita...nie cerpen la...cerita rekaan je...heheheh.tapi mmg buah nie sekarang tgh hot
buah naga... nyam nyam,..
tp Vee suka yg color purple tu... yg putih tak nyam nyam sgt...
=p
vee...tak tau lak ada jenis yg putih...sbb penah rasa yg purple je.. sedap..tapi ada biji2 itam tu..macam tak best je
ada yg putih...
tawar rasanya...
yg purpel nyam nyam...
if wat jus... try la blend dgn buah lain...
if kena rasanya sedap tau...
=)
vee.... nie mmg pakar buah naga..hhehehe
wooow!
rajinnya bt cerpen..
tahniahhh!
bagus2..besi penulis muda yg berbakat..klu diasah lagi mau leh pergi jauh..:)
buah naga sedap dimakan sejuk,nyummi..
hahaha...
sebab buah-buahan adalah makanan kegemaran Vee... ahaks!
good morning besi!!!
=)
yern ain...hehehe tq
eiza..biasa2 je..
vee...morning...
Post a Comment